Penyokong pembangkang Thailand yang kalah dalam pilihan raya minggu lalu telah mengadakan demonstrasi membantah keputusan menyebelahi junta.
Para penyokong di ibu negara, Bangkok, telah memprotes dalam usaha menentang penipuan didakwa dilakukan oleh suruhanjaya pilihan raya (SPR) , dalam pemilihan demokrasi pertama sejak rampasan kuasa lima tahun lalu.
Para penunjuk perasaan mendesak orang ramai untuk menandatangani sebanyak 830,000 petisyen dalam talian untuk mencabar keputusan SPR Thailand.
Walaupun telah berlalu seminggu selepas hari mengundi 24 Mac, hasilnya tetap tidak menentu, bahkan kedudukan pemilihan mungkin tidak diketahui sehingga selepas suruhanjaya itu menerbitkan keputusan rasmi, pada 9 Mei.
Sehubungan itu, sebuah kereta yang dimiliki seorang aktivis pembagkang yang berisi kertas petisyen pilihan raya relah dibakar pada awal pagi hari Isnin.
Pemiliknya, Ekachai berkata, beliau telah meninggalkan dokumen tersebut dalam kenderaannya selepas pulang selepas menghadiri perhimpunan menentang kepuutusan pilihan raya pada hari Ahad.
Katanya, beliau meletakan sedan Nissan Sunny di luar rumahnya di Soi Lat Phrao 109 di daerah Bang Kapi.