Penyelewengan SPR – Nafi nama pengundi bertindan

640
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita49/220711%20010.jpg
Saya merasa kesal dengan kenyataan akhbar oleh pengarah spr terengganu yanga menafikan kewujudan pengundi yang boleh mengundi 2 kali di Terengganu sebanyak 44 orang.

Betapa dangkalnya kenyataan tersebut. Macamana SPR tidak dapat mengesan pemilih tersebut. Apa yang PAS Terengganu perolehi adalah bersumberkan maklumat dari SPR juga.

(Gambar – Saya bersama Pesuruhjaya PAS dan Timbalan-timbalan Pesuruhjaya sewaktu sidang media mendedahkan terdapat 44 nama dalam daftar pemilih yang bertindan)

Tidakkah apabila nombor kad pengenalan lama sama dan no kad pengenalan baru hanya berbeza 1 hingga 3 digit menunjukkan orang yang sama.

Tidakkah SPR lupa bahawa orang yang mempunyai no kad penegenalan berbeza 1 hingga 3 digit layak mengundi jika sekiranya namanya sama dalam kad pengenalan.

Kita tidak pernah menyatakan pengundi tersebut mempunyai 2 kad pengenalan. Cukup hanya dengan mempunyai satu kad pengenalan mereka layak mengundi 2 kali.

Inilah tuntutan bersih . Bersihkan daftar pemilih dan gunakan dakwat kekal celup jari bagi mengelakkan pengndian dua kali.

Ariffin Deraman
Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu

22 Julai, 2011
ariffinderaman.blogspot.com

Berita sebelum ini – PAS Terengganu dedahkan 44 pengundi boleh undi dua kali. Dibawah disiarkan senarai nama-nama bertindan yang di akses dari laman web SPR sendiri;

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/07/220711%20010.jpg

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/07/220711%20012.jpg

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/07/220711%20013.jpg