Pengarah jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz wan Shukairi Wan Abdullah berkata, sehingga kini sudah lima cabaran debat yang dibuat oleh pemimpin PAS dan beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap pemimpin Umno negeri Terengganu.
Namun begitu, tidak ada satu pun cabaran tersebut yang disahut pemimpin kerajaan dan Umno Terengganu menunjukkan mereka ‘takut’ berdepan dengan rakyat kerana mereka melakukan kesalahan.
“berani kerana benar………….takut kerana salah………itu adalah perbidalan orang Melayu yang sangat tepat bagi menyifatkan apa yang sedang berlaku dalam suasana yang menyelubungi Umno dan Barisan Nasional (BN)Terengganu,


Beliau yang juga Setiausaha PAS Kawasan Kuala Terengganu berkata, Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut pernah mencabar Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said.
Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh yang juga Timbalan Exco Agama dan Penerangan Negeri dicabar oleh Exco Pemuda PAS Terengganu Ustaz Hishamuddin Abdul Karim untuk berdebat dalam soal-soal politik serta agama.
Bahkan, katanya, Dato’ Wan Hisham Wan Salleh secara terbuka mencabar pengkritik projek pembangunan Flet Ladang Gemilang, tetapi apabila disahut oleh Pengerusi NGO Amanah Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah, sebalik Wan Farid membisu.
“yang terbaru, Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri mencabar ADUN Paka untuk berdebat berhubung isu Tanah Generasi Kedua Felda Ketengah Jaya…..kita harap Pok Ya (Zakaria @ Ariffin Abdullah) dapat bersetuju supaya rakyat mendapat tahu maklumat sebenar apa yang berlaku,
“sebelum ini, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir, Penyelaras Umno Yusof Awang Hitam yang menjadikan fitnah sebagai bahan kempennya telah dicabar oleh seorang pemuda Hamdi Harun…….namun tidak dijawab sehingga sekarang,
“ini menunjukkan pemimpin Umno tidak berwibawa dan tidak telus,”jelas Ustaz Wan Shukairi.
Beliau berkata, ‘trend’ debat adalah satu kaedah yang digunakan secara meluas di negara-negara maju bagi memberikan maklumat kepada rakyat secara langsung terutamanya soal-soal yang membabitkan kepentingan umum.
Justeru, beliau menyeru seluruh rakyat dan pengundi agar menolak Umno dan pemimpinnya dalam pilihanraya yang ke-13 akan datang kerana mereka tidak lagi sanggup menjadi pemimpin rakyat.



























