Penyelesaian Islam Bukan ‘Omong-Omong’ Kosong

2596

Oleh : Rohayati Ripin

MARANG – Politik dakwah amar makruf nahi mungkar PAS bukan ‘omong-omong’ kosong kerana ia menawarkan penyelesaikan ia tidak boleh dicabar sehingga hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, kepimpinan PAS tidak bertoleransi dalam perkara ini kerana mereka telah dipupuk dari akar umbi lagi dalam suasana sebuah pemerintahan Islam.

“Kita (PAS) tidak bawa amar makruf sahaja … kita tak bawa nahi mungkar sahaja tapi kita bawa kedua-dua amar makruf dan nahi mungkar…,

 

“kita ikut kalau orang ajak buat benda yang baik dan tidak bertentangan dengan naluri orang,

“dan kita tak pernah gentar melarang orang buat sesuatu kerana apa yang berlaku berteraskan agama serta berprinsipkan kepada Islam,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Kem Jati Diri J3K Terengganu Sejahtera 2018 daerah Dungun di Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai pada Jumaat, 3 Ogos.

Katanya, Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru haji Abdul Hadi Haji Awang sangat dukacita sekiranya ada orang kritik tentang sesuatu isu tanpa penyelesaian Islam.

“Dalam Sistem Cukai Dan Perkhidmatan (GST) kita telah keluarkan satu penyelesaian sehingga hari ini tidak boleh dicabar termasuk golongan profesional ataupun golongan cendikiawan,

 

“kita mengeluarkan satu penyelesaian dokumen hijau dalam itu ada tiga penyelesaian negara iaitu GST, kejatuhan mata wang dan kesempitan kos sara hidup,” ujarnya.

Menurutnya, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) mesti memaklumkan kepda rakyat bahawa orang Islam berpegang dengan janji dan akan menunaikannya.

“PAS mempersembahkan kepada rakyat melalui ‘dokumen hijau’ penyelesaian Islam dalam dokumen hiijau semuanya boleh dicapai,

“dan kita (PAS) tetap dengan misi perjalanan dan insya Allah lepas pada ini boleh tengok hak (yang) mana putih hak mana hitam… bukan kasut putih bukan kasut hitam…. Hak mana permata hak mana kaca…dan prinsip perjalanan hak ada sentiasa kita teruskan,” jelasnya.