Penyatuan Yang Sebenar Hanya Berdiri Di Atas Dasar Islam

1507

KUALA TERENGGANU – Perisytiharan kesediaan PAS dalam berkerjasama dengan pihak kerajaan bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat merupakan satu budaya politik matang yang dipacu Presidennya Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pengarah Institut Kajian Polisi Terengganu, Dr. Mohamad Khazani Abdullah mengucapkan tahniah untuk PAS kerana telah memulakannya dengan berani dan yakin.

“Kenyataan tersebut menjadi seperti “launching pad” kepada Budaya Politik Matang dan Sejahtera yg menjadi pendekatan baru PAS, dipacu oleh Presidennya,

“Kejutan yang menarik ini merancakkan lagi dinamika politik tanahair, khususnya antara dua parti besar dominasi Islam-Melayu ini,”ujarnya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, berdasarkan kenyataan dan keberanian yang ditunjukkan, beliau melihat bahawa daripada perspektif PAS, penyatuan yang sebenar hanya berdiri di atas dasar Islam dan Umno perlu merubah dasarnya.

“Walaupun implkasi daripada batu asas ini masih belum jelas, rakyat memahami bahawa UMNO perlu merubah dasar perjuangannya daripada sekular kebangsaan Melayu,

“kepada Islam sebuah ad Deen, cara hidup lengkap mengambilkira semua bangsa dan budaya,”jelasnya.

Di waktu yang sama, kata beliau, rakyat juga sangat berharap agar UMNO tidak hanya menjadikan inisiatif perpaduan ini sebagai sekadar retorik di perhimpunan agung mereka seperti seringkali terjadi sebelum ini.