Pentas Isu Rakyat Gabungkan Pemimpin NGO

1114

Dalam rangka meningkatkan gerakan menaikkan isu isu membabitkan kepentingan rakyat Terengganu, badan badan bukan kerajaan (NGO) akan menganjurkan satu program Pentas Isu Rakyat pada hari Khamis 26hb Jun 2014 bertempat di pekan Batu Enam, bermula tepat jam 9 malam.

Program anjuran bersama GANTI dengan pelbagai NGO kali ini akan menampilkan tokoh tokoh pemimpin NGO tempatan seperti YB Ust Hishamuddin Abd Karim (Tepoh Care), Ust Hj Roslan (WARIS), Cikgu Fauzi Abu Samah (R-Royalti), Hj Salleh Embong (Institut Peduli Rakyat) , Sdra Zahirin ( GAMIS) dan saya sendiri mewakili GANTI. Program Dialog/Forum santai pelbagai hala ini akan dibantu pemudah cara berkaliber Sdra Naraza Muda, juga aktivis NGO ANAK yg aktif di peringkat Kebangsaan.

Pelbagai isu menyentuh kepentingan rakyat, negeri Terengganu dan Malaysia akan diulas dengan turut memberi perhatian kepada Menteri Besar Terengganu yang baru.

Seluruh rakyat diseru hadir dan turut serta disesi soalan. Jualan Kemeja T GANTI, kutipan sumbangan dana isu rakyat akan dibuat selain sticker percuma GANTI terhad kepada yg bernasib baik.

Hj Ahmad Amzad Hashim
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)
GANTI TUNTUT PERUBAHAN