Tujuan kami berkumpul adalah untuk menyatakan bahawa, kami selaku mangsa-mangsa skim umrah tajaan YBNT dengan kerjasama JPNT dan PPD daerah masing-masing tidak mampu lagi untuk bersabar diatas apa yang telah berlaku apabila kami telah mengalami kerugian wang ribuan ringgit setelah Pakej Umrah yanh ditawarkan sebenarnya tidak wujud. Lebih malang lagi wang yang telah dibayar sehingga kini masih gagal dipulangkan kembali.
2. Pihak kami, selaku peserta yang ditawarkan untuk mengerjakan umrah dibawah Tajaan Skim Umrah yang dianjurkan oleh pihak Yayasan Bakti Negeri Terenganu (YBNT ) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan PPD Daerah masing-masing adalah pihak yang telah mengalami kerugian apabila Pakej untuk mengerjakan Umrah sebagaimana yang kononnya telah dijadualkan ke tanah suci adalah sebenarnya tidak wujud.


kecewa, tertekan dari segi emosi dan mengalami gangguan perasaan. Ini berikutan persiapan dari segi barangan untuk ke tanah suci, penyediaan kelengkapan telah disediakan dengan sempurna, Passport juga telah diperbaharui. Malahan ada sebahagian besar para peserta telah mengadakan kenduri kesyukuran, namun amat malang apabila gagal menjejakkan kaki ke tanah suci.
4. Para peserta Tajaan Umrah tersebut, kini jelas telah menjadi mangsa pihak terbabit apabila gagal mendapatkan kembali wang yang telah dibayar kepada Pihak YBNT, walaupun pernah dijanjikan akan dipulangkan kembali oleh pihak penganjur seperti yang dijanjikan beberapa bulan yang lepas. Seolah-olah “Janji hanya tinggal janji “.
5. Kami selaku Jawatankuasa bertindak membela Mangsa Skim Umrah YBNT dan JPNT menggesa agar satu siasatan menyeluruh diambil oleh pihak Berkuasa terutama Pihak Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta badan penguatkuasa berkaitan untuk menyiasat, mendakwa dan seterusnya menghukum mereka yang bertanggungjawab dalam kes ini.
6. Kami menegaskan bahawa siasatan yang amat teliti perlu dilakukan seberapa segera bagi membawa kesemua pihak yang terlibat ke muka pengadilan. Manakala, bagi pihak mangsa, kerugian yang telah dialami pula dapat diganti semula oleh pihak yang jelas mengaut keuntungan hasil menggunakan kuasa pekeliling dari pihak JPNT, yang jelas telah memperdaya mangsa sehingga mengalami kerugian kewangan berjumlah lebih RM14.2 Juta melibatkan lebih 3000 mangsa.


8. Jumlah kerugian sebanyak RM14.29 Juta, melibatkan ribuan mangsa adalah satu tragedi rompakan berlesen yang menakutkan kepada Ummat Islam yang amat berharap untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah. Gejala penipuan Umrah dan Haji hampir dilihat saban hari tidak mampu dibendung. Amat malang lagi, kehilangan duit yang sangat banyak dalam kes ini, seolah-olah tiada mampu dikesan, malahan jutaan ringgit wang mangsa yang dilarikan oleh pihak berkenaan seakan disenyapkan secara terancang.
9. Tujuan kami berkumpul pada hari ini adalah sebagai satu kumpulan untuk “tunjuk rasa” serta menzahirkan manifestasi kekecewaan, seterusnya kami memberikan sokongan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Bertindak membela mangsa bersama Peguam Tetuan Zukri Jusoh & Co. Kami akan meneruskan dengan tindakan melalui proses undang-undang jika sekiranya tragedi malang yang telah berlaku ini tidak diselesaikan secara bijaksana dalam tempoh sebulan dari tarikh hari ini. “Kami mahukan duit kami kembali”.
Sekian, terima kasih.
Badan Bertindak Membela Mangsa Umrah YBNT dan JPNT
Bersama Peguambela dan Peguamcara
Tetuan Zukri Jusoh & Co.
Bertarikh :20 hb. May, 2017





























