Terengganu, Malaysia

Peningkatan Jenayah Curi Kerana Masyarakat Jahil Tentang Islam

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/raya%20abc1.jpg

Menurutnya, keadaan sebenar kejadian jenayah terutamanya jenayah kecurian berlaku pada setiap hari dan setiap masa di kampung-kampung.

Bahkan, beliau menegaskan tidak ada lagi kawasan yang terselamat daripada berleluasanya jenayah kecurian di negara masakini.

“rumah pun kena curi, (peralatan di)masjid pun di curi! Mencuri itu sudah menjadi bala Allah SWT kerana sudah tidak ada taqwa dalam masyarakat itu,

“kerana tidak ada ilmu Islam masyarakat itu, kerana masyarakat itu terlalu jahil dan terlalu sukakan hiburan, kerana masyarakat itu sudah terlalu maksiat,”jelasnya.

Beliau yang juga Anggota Badan Perhubungan PAS Terengganu berkata demikian ketika menyampaikan khutbah Eidul Fitri di masjid Ma’ahad Tahfiz Tok Jiring disini pada Ahad 19 Ogos.

Oleh itu, beliau berkata, masyarakat harus membentuk pembinaan diri dan keluarga sesuai dengan perjuangan Islam.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/raya%20abc11.jpgTegasnya, di dalam negara ini sudah ada satu parti yang membawa perjuangan tersebut berdasarkan dasar, kewibawaan pemimpin dan program-program yang dilaksanakan.

“Dalam negara ini sudah memberitahu (dimaklumi) adanya sebuah parti Islam dan adanya sebuah perjuangan Islam (yang mesti dipertimbangkan oleh masyarakat),

“lihatlah kepada dasar parti itu (PAS), lihatlah kepada pemimpin-pemimpinnya, lihatlah kepada bagaimana program-program yang dilakukan (dilaksanakan),”ujarnya.

Justeru itu, beliau menyeru kepada seluruh umat Melayu dan Islam agar kembali kepada ajaran al-Quran kerana tidak ada lagi panduan hidup kecuali apa yang telah diturunkan oleh Allah.

Katanya, melalui ayat-ayat al-Quran menunjukkan ia menjadi penyelesesai yang member itahu dan menunjukkan jalan kepada kehidupan manusia.

“kembalilah kepada al-Quran….. supaya al-Quran dijadikan sebagai petunjuk yang sebenar-benarnya,”katanya.

 

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan