Menurut maklumat dalaman Epic, ia adalah ‘gara-gara’ surat layang yang tersebar dengan meluas berhubung perilaku pengurusan dan pentadbiran syarikat itu.
“gara-gara sekeping surat layang semua kelam kabut……… dua orang staf (pekerja) telah dipecat oleh pengurusan, dan sekarang ini pentadbiran tidak memberi perhatian kepada syarikat,
“ada beberapa individu yang bertanya orang ramai, ada baca surat layang (berkenaan epic) kalau ada dia akan tanya, dapat dari mana,”menurut sumber yang tidak mahu dikenali.
[Gambar kanan – Pengurusan Tertinggi Epic, berbaju hitam adalah Pengarah Urusan yang juga CEO Epic, Encik Shahul Hameed – sumber lama Epic]
Dimaklumkan, surat layang tersebut antaranya menyatakan tidak puas hati dikalangan kakitangan Epic kerana terdapat unsur pilih kasih dan penyelewengan yang diamalkan oleh pihak pegurusan tertinggi Epic.
Pada 6 Mac lalu, seorang ahli perniagaan Haji Zulkifli Md Yakim mendakwa anak-anak syarikat kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC- Government Link Company) dimanupulasi bagi tujuan mengumpul dana politik mengongkosi perbelanjaan pilihanaraya Umno dan Barisan Nasional (BN).
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kemaman mengesahkan satu surat layang telah beredar dikalangan penduduk Kemaman berhubung perkara tersebut memfokuskan urusniaga syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) dan subsidiarinya Kemaman Supply Base (KSB).
Sebelum itu, pada 1 Mac lalu, Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat meminta Menteri Besar Terengganu yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said menjelaskan dakwaan, wujudnya masalah dalam pentadbiran dan pengurusan anak-anak syarikat berkaitan kerajaan.
Ia adalah berkaitan apa yang didakwa dalam surat layang terbabit, yang telah tersebar di kalangan penduduk setempat.
Namun menurut Haji Hanafiah yang dihubungi berkata, bukan sahaja pihak Ahmad Said tidak menjelaskan kedudukan anak-anak syarikat kerajaan, malah pihak Epic telah menghantar notis saman kepadanya untuk hadir ke mahkamah pada 2 April akan datang.
Umumnya, sekuruh rakyat dan akan negeri Terengganu perlu sedar bahawa Epic adalah hak rakyat negeri Terengganu kerana ia adalah anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu yang diperbadankan pada 17 Januari 1981.
Perniagaan EPIC terlibat dalam menyokong industri perkhidmatan minyak dan gas dan terasnya adalah dalam pemilikan dan pengurusan di Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB) yang menyediakan perkhidmatan pangkalan bekalan khusus disediakan untuk industri minyak dan gas luar pesisir di Malaysia Barat.
Pelabuhan Kemaman itu, diuruskan melalui anak syarikatnya, Konsortium Pelabuhan Kemaman (KPK), serta sebagai pipe threading dan fabrikasi bekerja melalui Tubex Sdn Bhd dan EPIC dibelanja untuk membeli Mushtari & Trading Sdn.Bhd.respectively.
Dalam mempelbagaikan perniagaannya, EPIC juga telah semula memasuki pembangunan hartanah dan segmen pengurusan dengan anak cergas, Eastern Pacific Properties Sdn. Bhd. (EPPSB).
Dengan mensinergi perniagaannya, EPIC adalah mampu untuk menyediakan kemudahan ‘PUSAT SETEMPAT’ bersepadu di rantau ini untuk jurusan syarikat minyak dan sokongan mereka. Pengendalian kargo dan berlabuh perkhidmatan, pembaikan marin dan penyelenggaraan, perkhidmatan harta sewa dan perkhidmatan tambah nilai lain terdapat.
Justeru, ia adalah sebuah syarikat yang berdaya maju, dan mendapat keuntungan dari aktiviti minyak dan gas yang kurniakan oleh Allah SWT keluar dari perut bumi Terengganu, kepada seluruh rakyat negeri Terengganu.
Pasa zaman pemerintahan PAS antara tahun 2000 hingga hingga tahun 2004, menurut Maklumat Kewangan Lima Tahun Epic [gambar kanan bawah] telah meraih laba setiap tahun dan tidak pernah mengalami kerugian sebagaimana yang ditohmah oleh Umno-BN kononnya pengurusan dan pentadbiran syarikat tersebut mengalami kerugian.