Pengundi Seberang Takir Bersama Arus Perubahan

869
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/zakaria%20dagang%20kempen.jpg

Menurut Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) terbabit, Ustaz Zakaria Dagang, sebaran risalah penerangan yang diedarkan kepada orang ramai mendapat sambutan yang baik.

“Alhamdulillah (usaha) kita mendapat sambutan yang baik, daripada pengunjung-pengunjung pasar dan peniaga di sini, dan ini atara program yang kita atur untu DUN kita sebagai usaha kempen kita,

“selain itu kita juga mengatur program kempen yang lain, mulai hari ini (kita pertingkatkan0 dlam tahap kedua sehingga hari penamaan calon, kita mengatur program ziarah, ‘hi-tea’ bersama pemuda dan muslimat (dengan itu) InsyaAllah lebih ramai lagi masyarakat dalam Seberang Takir ini akan bersama dengan kita,”ujarnya.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu berkata demikian ketika ditemui selepas program edaran risalah di Pasar Teluk Ketapang pada pagi semalam, Khamis 5 April.

Beliau berkata, perkembangan bertambah baik dengan peningkatan sokongan dari para pengundi hasil pertambahan markaz-makaz dan pos-pos baru, yang bertambah sejak sebulan yang lalu.

Sehubungan itu, beliau menafikan jentera PAS hanya begerak pada waktu hampir dengan pilihanraya sahaja sebagaimana didakwa oleh sesetangah pihak, terutamanya musuh politik PAS.

“bermula dari selepas pilihanraya (umum ke-12 tahun 2008) kita terus bekerja mengatur program…….kalu dulu dalam bentuk mingguan, sekarang sudah diatur pogram harian, semuanya adalah uaha kita mnyedarkan masyarakat,

“hasilnya adalah pekembangan yang baik, perkembangan yang positif…….rakyat semakin sedar,”jelasnya. [Lihat video]

Menurutnya, reaksi spontan yang positif daripada orang ramai boleh dilihat dengan jelas apabila program bertemu muka secara langsung dibuat sebagaimana program edaran risalah yang dilakukan semalam.

Katanya, keberkesanan gerak kerja jentera pilihanraya Sebarang Takir turut dirasai oleh Umno setempat apabila mereka terpaksa mengambil langkah meningkatkan usaha-usah penerangan balas dengan mengadakan ceramah-ceramah yang lebih kerap, berbanding kawasan lain.