Oleh KAM
DUNGUN – Masyarakat Tionghua Terengganu masih menyokong PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, meski pun pelbagai persepsi yang digambarkan bahawa pengundi Cina anti PAS.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berkata beliau cukup gembira melihat sambutan masyarakat Tionghua dalam program anjuran PAS.
Katanya kehadiran Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi bersemuka dengan masyarakat Tionghua menghilangkan segala persepsi negatif terhadap PAS.


“Sambutan tahun ini berbeza dengan tahun lepas (2016) dan sambutan dari masyarakat Tionghua kali ini lebih mesra. Jika sebelum ini, tepuk-tepuk tangan kurang sikit tapi kali ini gemuruh dan ceria.
“Tok Guru Presiden (Abdul Hadi) hadir dan sedia menjawab sebarang persoalan (persepsi) yang ditimbul selama ini telah menyakinkan mereka kepada PAS.
“Saya lihat ada perubahan dan mereka (Tionghua) mesra dengan kita (PAS). Mereka gembira apabila kita beri sekampit beras, sekotak limau mandarin dan angpau sempena Tahun Baharu Cina ini,” ujarnya.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Dungun berkata demikian selepas selesai program Sambutan Tahun Baharu Cina dan Dialog Bersama Presiden PAS Peringkat Negeri Terengganu, di Kampung Batu Lima, Paka, Dungun pada 20 Januari lalu.
Katanya, selama ini rakyat disogok dengan pelbagai isu dan maklumat yang tidak betul terhadap Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi dan PAS.


Katanya, isu-isu yang berlegar dalam masyarakat bahawa kaum Cina menolak PAS adalah tidak menepati realiti di Dungun ini.
“Program (Tahun Baharu Cina) ini untuk menghimpunkan masyarakat Tionghua khusunya untuk peringkat kawasan Dungun. Sebab, di Dun Sura sahaja mempunyai masyarakat Tionghua yang agak ramai lebih 1,500 orang.
“Jadi untuk mengekalkan kemenangan kita (PAS) di DUN Sura ini maka, pengundinya menjadi sasaran kita untuk memastikan pada PRU14 ini mereka masih mengundi PAS.
“Kita (PAS) tidak ‘keseorangan’ dan sambutan masyarakat Tionghua kali ini masih lagi memberi sokongan kepada kita.
“Isu-isu yang kita (rakyat) dengar kononnya masyarakat Tionghua tidak menyokong PAS tidak berlaku di sini (Dungun). Mereka masih lagi boleh hadir dan menggambarkan mereka masih menyokong PAS pada PRU14 ini, Insya’Allah,” tegasnya




























