Penghargaan Kepada Petugas Dan Sukarelawan Membantu Rakyat Terjejas Bekalan Air

118

Pertamanya terima kasih kepada kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) kerana memberi kepercayaan kepada saya dan pasukan Khidmat Malaysia Terengganu untuk membantu rakyat yang terjejas dengan Insiden Air Berangan 2.0.

Hari ini menjadi hari terakhir kami beroperasi setelah dua minggu di lapangan sejak diberi amanah bermula 25 Ogos 2021.

Sudah pasti amanah yang besar ini tidak mampu saya galas dengan baik jika tidak dengan sokongan sahabat-sahabat seperti YB Ustaz Wan Sukairi Abdullah dan Ustaz Mohd. Soud Said.

Tidak dilupakan Pasukan Operasi yang dipimpin oleh Ustaz Mohd. Nasir Abdul Razak, Ketua Pemuda PAS Terengganu bersama anggota Jabatan Amal Malaysia Terengganu yang berkampung di Bilik Operasi di KOMTAQ, Kuala Nerus.

Sudah pasti tidak saya lupakan jasa Dewan Muslimat, Dewan Ulamak dan Dewan Himpunan Pendokong PAS yang tidak melepaskan peluang menabur khidmat dan jasa membantu penduduk yang terjejas.

Saya juga ucapkan terima kasih kepada PAS kawasan-kawasan kerana berjaya menggerakkan sukarelawan Khidmat Malaysia dari Kemaman hingga Besut termasuk dari DUN-DUN yang telah mencetus gelombang beramal kerana Allah.

Akhirnya, saya juga ucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan Syarikat Air Terengganu (SATU) yang telah memperlihatkan kesungguhan dalam membantu rakyat yang terjejas.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

Semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang setimpal dengan amalan dan khidmat yang dihulurkan semua yang terlibat.

YB Haji Hanafiah Mat
Pengerusi Khidmat Malaysia Terengganu
8 September 2021.