Penggiat Media Terengganu Tubuh KAMI

973

Iftar yang diadakan di NR Café Tok Jembal dekat sini petang Khamis 9 Ogos.

 

Setiausaha KAMI Terengganu, Khairul Azlam Mohamad berkata, KAMI telah ditubuhkan di peringkat nasional sejak tahun 1999 bagi memperjuangkan kebebasan media.

Beliau berkata sesiapa saja yang berhasrat untuk memperjuangankan kebebasan media boleh menyertai KAMI.

“bukan semestinya orang yang terlibat dengan media tetapi sesiapa pun yang ingin melibatkan diri dengan perjuangan menegakkan kebebasan media boleh menjadi ahli KAMI,

“negeri Terengganu merupakan perintis kepada penubuhan di peringkat negeri-negeri,”ujarnya ketika menyampaikan taklimat berkaitan KAMI dalam majlis Iftar tersebut.

Menurutnya KAMI diasaskan oleh Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman ketika media ditekan pemerintah pada zaman reformasi pada tahun 1999.

Sehubungan itu, Pengerusi KAMI Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata perjuangan membebaskan media adalah merupakan perjuangan jihad para penggiat media.

Beliau berkata, kuasa media adalah amat besar kerana pemerintah tidak boleh meruntuhkan media tetapi media boleh meruntuhkan sesebuah pemerintahan.

Menurutnya, para sarjana media masakini menyebut, sekarang bukanlah masanya untuk berkonfrontasi dengan media yang sedia ada tetapi sebaliknya memanfaatkan mereka.

“Para sarjana media berkata zaman untuk berekonfrontasi dengan media, zaman untuk membakar akhbar sudah berlalu, tetapi kita mesti memanfaatkan media yang sedia ada,”jelasnya.

Beliau yang juga Anggota Perhubungan PAS Terengganu berkata maklumat memisahkan rakyat dengan perjuangan menuntut keadilan sebagaimana yang diperjuangkan PAS dan Pakatan Rakyat.

Khususnya dalam konteks Terengganu, beliau berkata, banyak kawasan-kawasan dan DUN-DUN yang berada di laur Bandar masih belum mendapat maklumat dengan baik dan berkesan.