Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata isu pengeluaran kad pengenalan bukan sahaja melibatkan pemberian warganegara kepada warga dan pendatang asing.
Tetapi, beliau mendakwa, kerajaan Barisan Nasional (BN) juga dikesan mengeluarkan kad pengenalan kepada para beberapa peratus pengundi yang terdapat dalam senarai mengundi tetapi tidak pernah keluar membuang undi.
“sekarang ini isu I.C (kad pengenalan) bukan satu jenis sahaja, isu I.C yang terakhir termasuk isu bagaimana (I.C.) dikeluarkan (kepada) beberapa peratus (pengundi) yang tak pernah keluar mengundi,
“telah ada usaha-usaha di pihak BN untuk mengeluarkan (I.C yang membolehkan) mereka keluar mengundi,”ujarnya ketika ditemui ada Khamis, 17 Januari.
Menurutnya, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad atau sesiapa pun boleh mengatakan kad pengenalan dikeluarkan kepada yang berhak, namun adakah syarat kelayakan pengeluaran kad pengenalan tersebut telah dipatuhi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas isu pengeluaran kad pengenalan kepada ribuan warga asing di Sabah yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja.
Katanya, ada bukti orang yang memohon warganegara sekian lama tetapi tidak boleh mendapat kad pengenalan, sebaliknya yang baru dan yang tidak memohon, tiba-tiba mendapat kad pengenalan.
Oleh itu, beliau menegaskan, mereka yang medapat kad pengenalan segera ini dibicarakan dimahkamah terbuka bagi menentukan samada mereka layak atau pun sebaliknya.
“PAS mempertgeaskan pengeluaran I.C seperti ini adalah kepada orang yang tidak berhak, PAS mesti mendapat hak dari segi undang-undang…..dimana meraka yang mendapat I.C dipeingkat akhir (tempoh pilihanraya) ini dibicarakan,
“bawa kepada mahkamah terbuka (dan tentukan) adakah mereka layak atau tidak!,”katanya.
Katanya, dengan itu, pihak yang mengeluarkan kad pengenalan tersebut dan pihak yang membantah pengeluaannya dapat mengemukakan bukti masing-masing dimahkamah.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan rujukan (Terms of Reference – TOR) Suruhanjaya Penyiasatan DiRaja yang ditubuhkan oleh kerajaan tidak dapat menyelesaikan sesuatu kes, sebagaimana yang pernah ditubuhkan sebelum ini.
“Suruhanjaya Penyiasatan DiRaja sudah banyak dah, kita tidak menyalahkan (penubuhan) Suruhanjaya tersebut, tapi yang kita salahkan ‘Terms of Reference'(rujukan)nya,
“kalau Suruhanjaya Penyisatan DiRaja itu ‘rujukannya’ seperti (siasatan) pembunuhan atau bunuh diri di bangunan (plaza) Masalam (kematian Teo Beng Hock)……..bagaimana?,”jelasnya.
Katanya, soal keadilan yang berlaku di Malaysia masakini bukan soal keputusan mahkamah tetapi bagaimana sesuatu perbicaraan yang dijalankan itu ada adil atau pun tidak.
Beliau mengambil contoh perbicaraan kes pembunuhan Altantuya, sepatutnya kata beliau, mahkamah memanggil Perdana Menteri Najib Tun Razak sebagai saksi dalam kes tersebut.
Beliau berkata, penggubalan undang-undang di Malaysia sekarang ini bukanlah untuk menegakkan keadilan, sebaliknya untuk ‘orang yang besalah’ berselindung disebalik undang-undang tersebut.
Antaranya menurut beliau, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengharuskan ‘yang haram’, apabila memenjarakan orang tanpa perbicaraan dan pembelaan.







