Pengangguran Belia Semakin Parah

2498

KUALA TERENGGANU – Pengangguran adalah merupakan ‘humanitarian disaster’ yang boleh menyebabkan kehilangan peluang kepada pembangunan ekonomi negara.

Pembahas Kluster Belia Muhd Shafie Ghazali berkata, iamampu memberikan kesan yang panjang kepada pendapatan dan juga ketidakstabilan pekerjaan kerana belia yang terlibat selalunya bermula dengan karier diri yang tidak mencukupi (weaker early-career credentials).

“dan juga nilai keyakinan dan ketahanan diri yang lemah dalam menghadapi peluang pasaran pekerjaan.

“Di dalam negara membangun seperti Malaysia, kadar pengangguran belia yang tinggi boleh menyebabkan negara kehilangan transfomasi ekonomi (national economic transformation) dan juga sekaligus mampu memberikan kesan ke atas kedudukan sosial masyarakat (social instability),”ujarnya.

Katanya, statistik mengikut laporan akhbar Utusan Malaysia tahun pertama 2015 telah mencatatkan Terengganu menduduki tempat yang kedua kadar pengangguran tertinggi sebanyak 4.6 % selepas Wilayah Persekutuan Labuan.

Lebih malang lagi, katanya, kebanyakan penganggur pula terdiri dari kalangan graduan-graduan kolej atau universiti, contoh sebagaimana yang berlaku kepada graduan di sebuah institut pengajian.

“Amat malang bagi graduan-graduan universiti dan kolej yang bertungkus lumus menghabiskan wang ringgit dan masa demi mendapatkan segulung ijazah namun hanya tinggal khayalan.

IMG-20160820-WA0192“Kejayaan mereka sepatutnya digunakan untuk kebaikan negeri ini,”tegasnya ketika berucap pada Kongres Rakyat Terengganu, di sini semalam Sabtu 20 Ogos.

Beliau merujuk kepada artikel di atas yang di ambil dari International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences October 2012, Vol. 2, No. 10, yang menjelaskan, antara sebab berlakunya pengangguran adalah kerana pengambilan tenaga asing.

“pengambilan yang berleluasa bagi menggantikan pekerja tempatan untuk tujuan mengurangkan labor cost terutamanya di dalam sektor ‘oil and gas’.

“Syarikat-syarikat yang terlibat hanya mementingkan keuntungan yang melipat ganda tanpa memikirkan kesan panjang ke atas sosial ekonomi di negara ini,”jelsanya.

Selain itu, menurutnya, kemelesetan dan ketidakstabilan ekonomi yang amat parah juga menyebabkan berlakunya kes pekerja diberhentikan.

“kerana permintaan pasaran (demand) yang rendah berbanding kadar pengeluaran sesuatu produk yang tinggi sepertimana yang berlaku pada hari ini, kadar pengeluaran minyak (crude oil) yang sangat tinggi melebihi permintaan pasaran dunia, akhirnya nilai minyak menjadi rendah dan hanya pada kadar 45-50 U.S dollar/ton,”jelasnya.

Oleh itu, beliau mencadangkan langkah-langkah yang boleh mengurangkan kadar pengangguran.

Katanya, kerajaan mestilah mengalakkan keusahawanan dan inovasi sebagai langkah bagi menghasilkan produk baru dan permintaan pasaran yang boleh memcipta peluang pekerjaan yang baru.

Selain itu, pihak berkuasa juga Kerajaan perlu mewujudkan program panduan kerier kepada belia yang masih dalam alam persekolahan.

“Ia salah satu cara yang mudah dan cepat, adalah kerajaan bekerjasama dengan mana mana syarikat yang terpilih untuk membuat lawatan kepada sekolah dan institute vokasinal bagi memberikan pendedahan di dalam alam pekerjaan (bidang),

“selain itu maklumat tentang karier dan pasaran kerja haruslah didedahkan kepada pencari pekerjaan,”ujar beliau lagi

Pihak berwajib juga, katanya, perlu memantapkan Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang sudah ada dengan mengenal pasti syarikat yang mempunyai kekurangan pekerja di dalam bidang yang tertentu sekaligus membina keyakinan diri belia.

Kerajaan juga mestilah mengawal kemasukan pekerja asing dan memastikan syarikat tempatan dan luar atau mana-mana industri yang berada di negeri Terengganu ini mendahulukan pekerja rakyat Malaysia dan juga tempatan.

“Mereka juga perlu memastikan pekerja rakyat Malaysia dan tempatan tidak di tindas dengan gaji yang rendah dan mestilah diberikan kadar gaji yang setaraf dengan industri yang terlibat. (Mengikut ekonomi dan pasaran semasa dan juga perintah gaji minimum 2016. (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011),”tambah beliau.