Terengganu, Malaysia

Pengamal media disaran ambil tindakan terhadap ‘Datuk T’

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/03/ziarahbonda.jpgKUALA TERENGGANU – Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyelar tindakan mereka yang menggelar diri sebagai ‘Datuk T’ yang cuba mengaitkan pengamal media dengan isu video salah laku seks yang ditayangkan oleh mereka kepada pihak media pada Isnin 21 Mac.

Beliau menyifatkan tindakan tidak bertanggungjawab kumpulan ‘Datuk T’ itu, cuba mempergunakan media untuk kepentingan peribadi

Ustaz Hadi mengakui, beliau turut dimaklumkan bahawa tentang ‘video seks’ terbabit yang digunakan sebagai ‘perangkap’.

“Pemberita diperangkap, dijemput hadir untuk sidang media, setelah itu disiar benda ini.

“Ini satu langkah yang tidak betul hendak mengaitkan media kita ke satu kancah pergolakan yang sangat buruk..ini satu ama-lan yang tidak baik,” katanya kepada media ketika ditemui selepas mengadakan solat jenazah di makam al-Marhum Tengku Ampuan Bariah Sultan Alam Shah di Masjid Al-Muktafibillah Shah, di Ladang, semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar, Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Setiu, Tengku Ahmad Tengku Hussain dan arkitek terkenal, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah.

Ustaz Hadi berkata demikian sebagai mengulas mengenai rakaman video seks yang dikaitkan dengan pemimpin kanan pembangkang itu yang ditayangkan secara berkumpulan dan berperingkat kepada media pada sidang akhbar di ibu negara, 21 Mac lalu.

Sehubungan itu, beliau berpendapat pengamal media terbabit wajar mengambil tindakan kerana menganggap ia bukan sahaja merosakkan institusi media, malah semua pihak.

Ditanya berhubung sama ada perkara itu akan memberi impak terhadap pilihan raya negeri Sarawak, beliau berkata ia terpulang kepada penilaian rakyat, selain peranan media tidak disekat.

“Sepatutnya media menjadi saksi yang betul. Dalam negara kita hari ini, media masih tidak demokratik kerana satu pihak sahaja yang masuk media, satu pihak lagi tidak,” katanya.

Al-Marhum Tengku Ampuan Bariah Sultan Alam Shah adalah bonda kepada Sultan Mizan Zainal Abidin, yang mangkat pada jam 1.22 pagi di Hospital Seri Kota, Kelang dan di semadikan pada jam 5 petang 21 Mac lalu.

Utaz Abdul Hadi yang menghadiri sidang Parlimen pada waktu itu, tidak berkesempatan untuk pulang ke Terengganu.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan