Oleh : Adli Mohamad.
DUNGUN – Rata-rata penduduk Bukit Besi, yang menerima bantuan Tabung Darul Iman, berbesar hati dan terharu mendapat bantuan lampin pakai buang ‘pampers’.
Penyelaras Dewan undangan Negeri (DUN) Haji Ghazali Sulaiman berkata, dengan cara pengagihan melalui bantuan kerajaan negeri yang baharu, dapat membuka mata masyarakat terhadap kerajaan baharu yang memerintah Negeri Terengganu.
“Kaedah yang digunakan oleh kerajaan sekarang ialah memastikan bantuan ini terus sampai ke pintu rumah tanpa menyusahkan penerima,
“dan sebelum ini terpaksa mengambil sendiri di Pejabat DUN serta terpaksa menyewa kereta sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika di temui pihak media pada hari ini, Khamis, 12 Julai.


Katanya, bantuan seperti ini diberi kepada golongan yang layak menerima agar dapat dinikmati oleh mereka tanpa membebankan mana-mana pihak.
“Secara tidak langsung ini telah menterjemahkan usaha kerajaan Negeri dalam menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera,” ujarnya.
Menurutnya, bantuan Tabung Darul Iman dilakukan secara menyeluruh dan serentak di DUN Bukit Besi dimana Haji Ghazali Sulaiman yang menyampaikan sumbangan dan di temani Pengerusi J3k masing-masing.
Tabung kebajikan untuk rakyat itu telah ditubuhkan oleh kerajaan PAS 1999-2004.
Perkhidmatannya diteruskan dibawah kerajaan Negeri yang baru dengan penambaikkan dalam sistem agihan yang membuatkan pesakit kronik tidak perlu tunggu lama.





























