Penegasan dan Tindakan Dari Himpunan Xpresi Ulama Muda Haraki

835
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/xpressi%20ulamak%20muda.jpg

Memacu Kebangkitan dan Memimpin Perubahan, membantu parti memenangi PRU ke 13 sehingga tertegaknya  بلدة طيبة و رب غفور

2.     Ulama Muda Haraki adalah sandaran rakyat untuk MEMIMPIN dan MEMBIMBING mereka bangkit berjuang membebaskan diri dari kepungan jahiliah moden hari ini berteraskan 3 objektif utama :

– Bebaskan ummah dari perhambaan sesama manusia

– Keluarkan ummah dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat

– Selamatkan manusia dari penyimpangan ideology  kepada keadilan Islam.

3.     Ulama Muda Haraki adalah ulama Rabbani yang keluar ke Jalan Allah swt untuk berjuang dan mempertahankan Islam. Bukan hanya berkurung diruang sempit dalam dunia sendiri yang akhirnya membataskan penyebaran risalah Islam yang didokong.

4.     Ulama Muda Haraki tidak boleh hanya bercakap soal pembahagian air suci yang layak untuk berwudhu’ , tidak hanya bercakap soal pembinaan peribadi soleh dan keluarga bahagia, tidak hanya bercakap soal aliran Qadariah, Muktazilah dan Jabariah TETAPI Ulama Muda Haraki mesti tampil MEMACU KEBANGKITAN dan MEMIMPIN PERUBAHAN.

5.     Ulama Muda Haraki hari ini mesti mampu bercakap, menyatakan pandangan dan mengambil tindakan dalam perkara mengenai  polisi pemerintahan Negara dan dasar perlaksanaan syariat.

6.     Ulama Muda Haraki hari ini mesti mampu bercakap, menyatakan pandangan dan mengambil tindakan dalam perkara mengenai pembinaan Integriti pemimpin dan bagaimana membina sebuah negara yang layak mendapat keampunan Allah swt. Bukan meruntuhkan Jahiliah kemudian membina jahiliah yang baru.

7.     Ulama Muda Haraki hari ini mesti mampu bercakap, menyatakan pandangan dan mengambil tindakan dalam perkara mengenai pelbagai ideology ciptaan manusia seperti nasionalisme, kapitalisme, liberalism, pluralism termasuklah membuat pencerahan terhadap aliran pemikiran pasca Islamism seperti timbulnya Islam Pragmatis, Islam Progresif, Sosialisme Islam , Islamist democrat dan sebagainya.

8.     Ulama Muda Haraki mesti tampil menangani perkara ini supaya menjernihkan aqidah dan fikrah ummah,  supaya bebas dari penyimpangan halatuju perjuangan Islam yang kita dokong. Lantang bersuara dalam menjuarai isu – isu ummah sekaligus membimbing mereka mencari alternative yang menyelamatkan mereka.

9.     Ulama Muda Haraki mesti bijak memanafaatkan medium parti dan public untuk memposisikan ilmu dan pedoman agar mampu membina minda ummah sekaligus menjadi jentera utama membantu parti untuk menempa kemenangan dalam pilihanraya umum kelak.

10.  Ulama Muda Haraki mesti pintar mengambil saf hadapan perjuangan guna memacu kebangkitan dan memimpin perubahan, justeru sifat umum ilmu yang dimiliki oleh alim ulama ialah memimpin bukan dipimpin dan memerintah bukan diperintah.

11.  Ulama Muda Haraki mesti berani menyahut cabaran dan mendepani tentangan untuk membawa Risalah Islam kepada setiap individu rakyat, menghapuskan salah faham mereka terhadap Islam dan sekaligus meletakkan Islam ditempatnya yang sesuai.

12.  Ulama Muda Haraki mesti berkeupayaan tinggi untuk berijtihad dalam merungkai 1001 masaalah rakyat masa kini serentak itu mempamerkan keadilan dan dan keindahan Islam khasnya kepada non muslim.

13.  Ulama Muda Haraki mesti bersedia merentas sempadan budaya bangsa supaya kita mampu mewarnai landskap iklim social dan politik berdasarkan citarasa pencipta yang Maha Agung Jalla wa A’la.

[Intipati dari ucapan Ustaz Nashruddin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia]