Penduduk Pasir Raja Saran Kerajaan Semarakkan Pelancongan Agro

3364

DUNGUN – Penduduk menyifatkan, Kampung Pasir Raja mesti dibangunkan dengan pelbagai produk Pelancongan Agro (Agro-tourism), sejajar dengan perasmian projek herba oleh Sultan Terengganu.

Menurut bekas Pengerusi Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) Tengku Alias Tengku Mat Rani, 70, kerajaan PAS Terengganu bersama mengusahakan ternakan udang galah di situ.

Katanya, Mantan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian negeri Al-Marhum Ustaz Dato’ Abu Bakar Chik datang sendiri ke kampung tersebut, bagi menyempurnakan projek bernilai ekonomi itu.

Selain pengeluaran udang yang berjaya, beliau menambah, terdapat lebih 100 ekar tanah sawah yang diusahakan oleh penduduk berhampiran kolam udang tersebut.

“tu…tu….tu…..ada 15 buah kolam udang semua yang menjalankan ternakan udang galah kerana kawasan ini amat sesuai,

“alik belakang nu….ada 100 ekar…..masa PAS (perintah) buat, bila BN menang semula, jadi terbiar,” tegasnya.

Justeru, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Haji Ghazali Sulaiman yang turut sama dalam lawatan itu, bersetuju dengan cadangan dua orang lama kampong Pasir Raja itu.

Katanya, beliau bersama Pengerusi J3K kampong itu Tengku Mohd Yunus Tengku Mat Rani, akan membawa cadangan tersebut kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim

“kita akan bawa cadangan yang baik ini dan mengusulkan cadangan pembangunan semula kolam dan sawah itu, yang boleh menarik pelancong dalam dan luar,

“dan saya juga akan bawa kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat , YB Ariffin Deraman,

“kerana kawasan ini……Hulu Dungun ini memang terkenal dengan pusat tarikan dengan adanya kawasan aktiviti lasak Sungai Kelemin dan air terjun tertinggi di Asia, Chemerong,” jelas beliau.

Pada Ahad 22 Julai, Sultan Terengganu, Mizan Zainal Abidin, telah mencemar duli mudik ke hulu Dungun bagi merasmikanHerba Integrasi di kampong pedalaman itu.

Menurut Pengerusi Bioalpha Holdings Berhad,Tan Sri Abdul Rahman Mamat, syarikat yang diberi tanah tanah seluas 1000 ekar oleh kerajaan negeri negeri itu mendakwa, mereka telah Berjaya mengujudkan 32 peladang satelit.

Namun, kata Haji Ghazali, masih kurang jumlah pengembilan pekerja tempatan dalam perusahaan bioteknologi yang tersenarai di bursa Malaysia sejak 2015.