Pendidikan Islam ‘Benteng Kukuh’

2234

KUALA NERUS – PAS sangat menitik beratkan pelaksanaan program yang seimbang di antara kurikulum dan ko-kurikulum dalam sekolah-sekolah dan madrasah (Dar) yang ditubuhkan dibawah parti itu.

sukan dar 2Pengerusi Lajnah Persekolahan Dewan Ulamak PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, semua aktiviti Dar mestilah melalui sistem yang terbaik bagi anak-anak menghayati Islam yang akan menjadi benteng kukuh kepada mereka untuk melayari kehidupan.

“Justeru itu, penganjuran Festival Sukan Dar 2016 kali ini, merupakan kesinambungan pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun-tahun sebelumnya,

“(ia) adalah bagi membina daya saing dan mengkat ukhuwah Islamiyah antara Dar-dar,”ujarnya dalam ucapan beliau sempena Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring Dar-dar Negeri Terengganu yang berlangsung di ‘Planet Sport’ Gong Badak, dekat sini semalam, Sabtu 5 November.

20161105_095005Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Induk Kejohanan itu, Azmi Mohd Yassin berharap penganjuran kali ke lapan tahun ini meningkatkan semangat untuk berkhidmat dikalangan para guru dan warga Dar.

Katanya, ia adalah satu pernyataan yang membuktikan pendidikan Islam tidak bahawa pendidikan Islam dibawah PAS adalah relevan.

“In sha Allah……sukan (Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring) Dar-dar yang diadakan pada hari ini akan menghasilkan semangat yang bersungguh-sungguh,

“untuk membuktikan (pendidikan diawab PAS) menjadikan aktiviti kehidupan harian seperti bersukan, bagi mendidik anak-anak menjadi soleh dan mendapat keredhaan Allah SWT,”jelasnya, ketika berucap merasmikan sukan tersebut.

sukan dar 2016fBeliau turut mencadangkan agar sukan badminton dan memanah dimasukkan dalam acara sukan tahunan itu, bermula pada tahun hadapan.

Seramai lebih 400 warga, para pelajar dan guru-guru serta petugas dari lapan buah sekolah rendah (madrasah) berhimpun memeriahkan karnival sukan itu, sehingga tamat pada kira-kira jam 2.30 petang.

Sekolah-sekolah tersebut adalah, Dar At-Taqwa dari Kemaman, Dar Al-Bayan dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu dari Dungun, Dar Al-Iman Marang, Dar Assalam Kuala Terengganu, Dar Al-Ehsan Hulu Terengganu, Dar At-Taqwa Batu Enam dan Dar Al-Falah Mengabang Telipot dari Kuala Nerus serta dari Dar Al-Furqan dari kawasan Besut.

sukan dar 2016cMadrasah Dar Al-Iman muncul sebagai juara bola sepak mengalahkan pasukan Dar Al-Bayan dan Dar Al-Ehsan tampat ketiga setelah menewaskan pasukan Dar At Taqwa Kuala Nerus.

Acara bola jaring juga diungguli Madrasah Dar Al-Iman yang mengalahkan pasukan Dar At-Taqwa Kuala Nerus dalam perlawanan akhir, diikuti Dar Al-Assalam tempat ketiga dan Dar Al-Bayan tempat yang keempat.