Pendekatan Ziarah Terpuji

1608

Oleh : MS

KUALA NERUS – PAS Teluk Pasu sentiasa meneruskan pendekatan menziarahi penduduk yang uzur tanpa mengira pandangan politik masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim, beliau adalah wakil rakyat kepada seluruh warga dalam kawasan tersebut.

“seluruh rakyat dalam DUN Teluk Pasu adalah rakyat yang saya perlu ambil berat tanpa mengira fahaman politiknya,

“kerana saya adalah wakil kepada semua rakyat Teluk Pasu, bukan wakil rakyat kepada orang PAS sahaja (bahkan) lebih-lebih lagi dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejantera (BPMS) (pendekatan) yang telah diambil oleh PAS sekarang ini.” jelasnya.

Oleh itu kata beliau, program ziarah rumah ke rumah yang beliau lakukan memberi penekanan menyampaikan mesej yang dibawa oleh PAS bagi mendekatkan masyarakat para pengundi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi tujuh buah rumah di Kampung Kuala Belara pada Selasa 4 April.

Turut bersama beliau bersama isterinya Ustazah Tuan Roslina Tuan Sulaiman dan Ketua Penerangan Halwa Teluk Pasu Puan Rusni Hassan.

Sehubungan itu, seorang Ahli Jawatankuasa Muslimat kampung tersebut Wan Kamariah Wan Ngah memji sikap yang diambil oleh Ustaz Ridzuan.

Beliau yang mesra dipanggil sebagai ‘Moksu Lah’ berkata, usaha baik tersebut yang menjadi tanggungjawab seorang wakil rakyat, perlu diteruskan.

“dengan cara ziarah ini diharap dapat di teruskan bagi menunjukkan amalan wakil rakyat PAS tidak memilih bulu untuk menziarahi rakyat sama ada mereka dari kalangan Penyokong PAS atau penyokong parti kerajaan,

“program ini mendekatkan rakyat walapun baru sahaja berlangsungnya program Mini Karnival Wanita Dun Teluk Pasu di kampung ini,” kata beliau.