Pencerobohan Nelayan Asing; Menteri Bertukar Ganti, Tapi Janji Tidak Ditepati

1183

KUALA TERENGGANU – Para nelayan kesal kerana ancaman daripada pencerobohan nelayan asing diperairan negeri Terengganu tidak diambil tindakan sewajarnya oleh pihak kerajaan dan agensi yang terlibat.

Setelah aduan yang dibuat tidak berkesan, termasuk bertemu dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, mereka bertindak membuat laporan polis kerana bimbag akan keselamatan nyawa dan harta benda mereka.

“Kita diancam. Alat penangkapan kita banyak rosak , musnah. Makna(nya) sumber pendapatan pun terjejas. Sesetengahnya apabila dia pasang pukat, dia gunakan bot berganda, dua buah bot.

“Apabila bot dia lalu di kawasan kita bubu (kita), semua habis masuk dalam pukat dia. Benda ni lama dah. Dua tahun dah. Benda bukan terbaru. Benda ini berpanjangan.

pak ayyub“Dan nelayan kita pun terancam. Kita nelayan tak ada apa-apa. Sedangkan dia pendatang asing boleh culik pengawai maritim. Apatah lagi nelayan dia boleh buat. Sekarang sebelum buat laporang ni saya beritahu kita sudah berjumpa dengan (Menteri) Kementerian asas tani, di Kuantan,”ujar wakil mereka, Pak Ayyub Abdullah, 65, selepas membuat laporan dibalai polis Kuala Terengganu pada Khamis 12 Jun.

Pak Ayyub dengan nada ‘marah’ mendakwa, bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar pernah berjanji akan menarik balik lesen bot tempatan yang terlibat, namun sehingga semalam, tiada apa-apa tindakan.

“Dan dulu pun pernah, masa tu Datuk Noh (Omar) sebagai Menteri (Pertanian dan) Industri Asas Tani. Benda-benda menarik lessen, kita bukti dengan gambarnya ada. Tapi tiada tindakan.

“Menteri bertukar ganti, Janji tidak ditepati. Janji tinggal janji!,”tegasnya.

Oleh itu, beliau mendesak pihak kerajaan dan agensi penguatkuasaan khususnya Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) menghapuskan ancaman tersebut dengan segera.

Katanya, APMM mestilah ikhlas bekerja membantu para nelayan dan jangan hanya sambil lewa dan memandang kes tersebut dengan sebelah mata sahaja.