KUALA TERENGGANU – Buletinonline, InsyaAllah akan membuat laporan langsung proses penamaan calon pilihanraya negeri (PRN) Sarawak dari Dewan Undangan (DUN) Negeri Muara Tuang, Kota Samarahan.
Dari masa ke semasa, para pengunjung diharap dapat ‘refresh’ untuk kemaskini terkini.
__________________________________________________________________________________
11.00 am Suruhanjaya pilihanraya baru mengumumkan temph bantahan tamat. Peguam PAS, Fariz Irwan Mustafa meberitahu Buletinonline, PAS membuat bantahan ke atas borang pencalonan calon BN Datuk Seri Muahamd Ali Mahmud, adik kepada Taib Mahmud
Menurut Fariz yang menghubungi Buletinonline, PAS membantah pencalonan Bn kerana kesilapan mengisi borang dan berkaitan penyata perbelanjaan pilihanraya yang lalu
9.20 am – Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi berkata AlhamduliLlah, calon PAS ‘Kak Ani’ amat bersemangat walau beberapa tekanan yang dihadapinya termasuk menganggu gugat perniagaannya.
Beliau turut memaklumkan, semalam 5 April, 2011 PAS telah berjaya menubuhkan tiga cawangan baru ‘penaja’ di Kampung Pinang (Bundong), Taman Desa Ilmu dan Kampung Muara.
Setiausaha Agung PAS Dato’ Mustafa Ali yakin PAS akan menghantar sekurang-kurang seorang dari lima calon PAS, yang akan bertanding dalam pilihan raya negeri kali ini, ke dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Untuk itu, katanya, PAS yakin pilihan raya negeri Sarawak kali ini adalah yang terbaik akan dicapai oleh PAS selepas dua kali menyertai pilihan raya negeri sebelum ini.
9.10 am – Ustaz Abu Bakar Hussain yang turut hadir, membacakan doa sebelum beraka masuk ke Dewan Suarah Kota Samarahan. Seramai kira-kira 300 orang ahli dan penyokong PAS mengiring calon PAS, ‘Kak Ani’ (Gambar kanan, bertudung putih) disamping suaminya (berbaju hijau).
09.05 –Calon PAS bagi N15 Muara Tuang adalah seorang muslimat, Puan Noraini bt. Hamzah, 48 tahun, yang dikenali dengan nama ‘Kak Ani’, anak kelahiran bumi Serambi Mekah Kelantan iaitu di Kg. Berangan, Bachok. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Morshidi bin Ali yang berasal dari Sarawak dan dikurniakan dua cahaya mata. Kak Ani telahpun menjadi warga Sarawak dan kini telahpun menetap selama 30 tahun di Kg. Tanjung Bundong
08.30 am – Diantara pemimpin yang hadir di Dewan Suarah Kota Samarahan dalam penamaan calon bagi N15 Muara Tuang adalah Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Perhubungan Terengganu Haji Yahya Ali dan Penolong Setiausaha Haji Hanafiah Mat. (gambar kiri)
8.10 am – Pada waktu ini para petugas dari semenanjung dan petugas tempatan sedang menuju ke Dewan Suarah Kota Samarahan, berhampiran Majlis Daerah, dimana proses penamaan calon bagi DUN N.15 Muara Tuang.
Penasihat Kontingen PAS
Terengganu ketika menghubungi Buletinonline pagi ini merasakan kesal dengan pihak keselamatan yang tidak menetapkan tempat dengan betul, tempat berhimpun pada pagi ini.
Katanya, PAS diberitahu supaya nerhimpun di Masjid Taqwa, berhampiran kawasan tersebut, tetapi kini terpaksa berjalan sejauh 3 kilometer untuk ke tempat baru yang diarahkan.
(Gambar kanan – petugas PAS termasuk Bendahari PAS Kemaman, Haji Johan dan Setiausaha MTD Chukai, Haji Abadul Rahman mengangkat tangan bersemangat)








