Bagi DPPWP, pemergian Allahyarham adalah suatu yang amat dirasai. Beliau merupakan bekas pegawai kepada Allahyarham YB Dr. Lo’Lo’ suatu ketika dahulu dan menjawat jawatan Setiausaha Kerja DUN Batu Burok.
Semasa berkhidmat dengan Arwah YB. Dr. Lo’Lo’, Allahyarham Ust. Hafedz banyak membantu menguruskan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Titiwangsa. Walaupun tempoh perkhidmatan beliau singkat bersama Allahyarham YB, namun jasa dan pengorbanan beliau dalam menguruskan PKWR ini tetap segar dalam ingatan setiap petugas PAS terutamanya bagi Kawasan PAS Titiwangsa.
[Gambar kenangan dari Blod Allahyarhamah Dr. Lo’ Lo’, arwah Hafiedz mewakili Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa melawat arwah Ustaz Ahmad (berbaju hijau) di HKL, kini ketiga-tiga mereka, Dr’ lo’ Lo’ Ustaz Ahmad dan arwah Hafiez telah mendahului kita, kembali menemui Allah]
Sesungguhnya, kasih ayah tiada taranya. Pengorbanan Allahyarham dalam menyelamatkan anaknya yang lemas sehingga turut sama terkorban telah meruntun hati bapa-bapa di Malaysia. Semoga pengorbanan arwah ini menjadi contoh kepada semua ibu bapa di Malaysia yang sayangkan anak-anaknya.
KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS WP





























