Pemuda tegaskan keperluan 40% calon orang muda untuk PRU ke-13

806

KUALA TERENGGANU – Hampir separuh daripada pengundi dalam pilihanraya umum ke-13 (PRU 13) akan datang adalah dikalangan orang muda.

Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menegaskan keperluan meletakkan empat puluh peratus calon-calon yang bertanding dalam pilihanraya tersebut, mestilah datang dari golongan muda.

“orang muda dengan maksud berumur 40-an atau pun bawah 40-an, yang maba mereka ini boleh mencetus satu fenomena,

“sebab hampir separuh, 50% daripada pengundi yang berdaftar untuk pilihanraya umum akan datang adalah terdiri daripada pengundi muda,” kata Ketua DPPM Ustaz Nasruddin Hassan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Sabtu, 25 Jun, dalam program ‘Retreat’ DPPM yang diadakan di sebuah hotel, disini.

Menurutnya, mahu tidak mahu semuua pihak mesti menerima kenyataan bahawa calon orang muda akan lebih dekat kepada pengundi muda

Beliau berkata, ia tidak mesti dipilih dari kalangan Dewan Pemuda tetapi jelasnya, calon-calon orang muda itu mungkin daripada Dewan Muslimat, Dewan Ulamak atau dari kalangan ahli-ahli diperingkat PAS Kawasan.

Katanya, DPPM akan membantu pihak parti bagi menampilkan calon-calon yang berkelayakkan.

“Dewan Pemuda akan membantu untuk menampilkan tokoh-tokoh untuk dipertoimbangkan oleh parti supaya diberikan ruang untuk mereka menyertai pilihanraya sebagai calon,”ujarnya.

Namun begitu, katanya, tidak semua 32 orang Ahli Jawatankuasa DPPM akan menjadi calon kerana sebahagian dari mereka memberikan fokus kepada kerja-kerja teknikal dan tanag bantuan kepada kerja-kerja parti.

“Tidak semua 100% akan jadi calon, tetapi sebahagian daripada mereka kita akan tonjolkan, bukan kerana mereka tidak layak, tetapi posisi mereka bukan sebagai calon pilihanraya,

“mungkin (sebagai tenaga) bahagian teknikal,  mungkin bahagian tenaga bantuan (kepada kerja-kerja parti),”jelasnya.

http://www.youtube.com/watch?v=R3YHsIq7ZHY&feature=channel_video_title