Oleh: Fidee Aziz
KUANTAN – Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh ucapan dasar Presiden PAS memandangkan ianya selari dengan hasrat sayap parti itu untuk menfokuskan dan memperbanyakkan aktiviti ke arah perpaduan ummah.
Ketuanya, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata keselarian ucapan dasar pemuda PAS dengan Presiden PAS membuktikan pemuda menyokong penuh ucapan dasar presiden.
“Keselarian di antara ucapan dasar ketua dewan pemuda dengan Presiden PAS, membuktikan bahawa dewan pemuda pas kita amat menyokong penuh segala saranan dan cadangan yang dilaksanakan dan diukirkan oleh Tuan Guru Presiden PAS di dalam ucapan dasar kali ini”.
“Ia juga menekankan tentang perlunya kita untuk memperbanyakkan agenda perpaduan ummah dan disana juga ada beberapa saranan dan sindiran yang tuan guru presiden bukan kepada parti-parti kerajaan tetapi kepada entiti dalaman PAS sendiri supaya kita memperkasakan organisasi ini”, ujarnya
Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh wartawan di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA,Bandar Indera Mahkota, di sini, hari ini.











