Pemuda Rusila Edar 500 Bekas Kurma

2653

Oleh : Faizal Hj Ghani/ Foto : Triple Z

MARANG – Sebanyak 500 bekas kurma dan takwin berbuka puasa telah diedarkan oleh Pemuda PAS cawangan Rusila di Simpang Tiga lampu isyarat Rusila.

Ketuanya Ustaz Ziyad Zakaria berkata, agihan kurma ini adalah bertujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim antara masyarakat.

“Tujuan ini adalah untuk merapatkan lagi silaturrahim serta menterjemah Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) di kalangan ahli,” ujar beliau.

Selain itu, beliau yang ditemui selepas program itu semalam pada Sabtu 1 Ramadan, berkata, amalan sedekah adalah dituntut terutamanya pada bulan Ramadan.

“Kita juga dapat membudayakan budaya memberi dan sedekah apatah lagi perkara itu juga di tuntut pada bulan yang mulia ini,” katanya

Tambah beliau, yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang (DPPKM) berkata, selain program di cawangan, DPPKM ada membuka ruang kepada para dermawan yang ingin menyumbang bagi membantu misi cakna masyarakat setempat dalam program Sinar Ramadhan anjuran bersama NGO Marang Care.

“Di kesempatan ini saya menyeru kepada para dermawan yang ingin menyumbang bagi menjayakan program tahunan ini boleh hubungi terus Saudara Sabri Zakaria di talian 019-909 5028,” jelas beliau penuh dengan harapan.