Home Berita Berita Nasional Pemuda PAS tangguh perhimpunan

Pemuda PAS tangguh perhimpunan

724

Pemuda Pas

MARANG – Dewan Pemuda Pas menangguh hasrat mengadakan perhimpunan aman di masjid seluruh negara semalam, berikutan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak tegas mengharamkan program Seksualiti Merdeka 2011.

Kelmarin, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengarahkan Program Seksualiti Merdeka 2011 dihentikan sebelum tindakan undang-undang diambil terhadap penganjur dan peserta terlibat.

Menurut Khalid dalam Sinar Harian semalam berkata, program jelas melanggar undang-undang dan bertentangan ajaran pelbagai agama di negara ini

Berikutan itu, Dewan Pemuda Pas Malaysia meminta setiap Pemuda Pas negeri di seluruh negara menangguhkan himpunan aman di masjid seluruh negara bertujuan membantah program itu semalam.

Bagaimanapun Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Nasrudin Hasan berkata, pihaknya meneruskan bantahan jika penganjur Seksualiti Merdeka masih berdegil meneruskan program ditentang semua agama di negara ini.

“Kita hendak tinjau dan pantau (dahulu) bahawa pihak penganjur festival Seksualiti Merdeka 2011 dibatalkan (selepas mendapat) arahan pihak polis,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Program Himpunan Gegar Orang Muda Geng Kita di Kampung Gelugor Kedai, malam kelmarin.

Sementara itu, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan turut membatalkan tentatifnya melakukan demontrasi bantahan sama.

Ketuanya, Kmaruzaman Mohamad berkata, mereka berharap penganjur menghentikan program dan promosi mereka bagi mengelakkan kemarahan masyarakat Malaysia yang menolak sebarang cubaan menghalalkan promosi perhubungan seks di luar batas kemanusiaan.

“DPPWP akan mengadakan program penerangan dan kempen menyedarkan golongan mengamalkan naluri seks songsang ini,” katanya. – SH