Pemuda PAS Realisasi Agenda Kebajikan

1701

Oleh : Aziz Hambali

KUALA TERENGGANU – Parti Islam SeMalaysia(PAS) bukanlah parti yang hanya mementingkan kerja-kerja pilihan raya semata-mata tetapi menjaga kebajikan ahli dan rakyat juga menjadi agenda utama.

Atas keprihatinan, Ketua Pemuda PAS Marang, Yusof Abdul Hadi  telah menziarahi Ketua Unit Semboyan, Jabatan Amal Malaysia Kawasan Marang, Sabudin bin Ahmad.

“Kami simpati dengan apa yang berlaku dan telahpun berhubung dengan pihak kerajaan negeri bagi memohon dana bantuan menerusi Tabung Darul Iman untuk menampung kos pembedahan bahu sahabat kita”, ujar beliau.

Saudara Yusof Abdul Hadi(berbaju merah) bertanya sesuatu kepada Sabudin

Yusof berkata demikian selepas  mengadakan ziarah di Hospital Sultanah Nur Zahirah(HSNZ) di sini pada 4 November, bersama-sama ahli jawatankuasa Pemuda kawasan itu.

Menurutnya, Sabudin yang terjatuh  dan menyebabkan bahunya patah di dalam kemalangan yang berlaku pada jumaat lepas.

“Semoga diberi kesembuhan oleh Allah SWT dan kembali turun di medan juang fisabilillah, ” tambahnya yang turut menyampaikan sumbangan untuk Sabudin.

Terdahulu, mereka  juga mengunjungi ayah kepada salah seorang AJK Pemuda kawasan tersebut , Abd Wahab Ma’at yang dibedah  akibat sakit usus.

 

Ziarah tersebut turut disertai oleh Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Marang, Ahmad Maaruf bin Ismail, Ketua Jabatan Amal Marang, Tuan Azmi Aminuddin Ahmad serta beberapa AJK anggota Amal Marang yang lain.