Oleh : Khalid Abdullah
BENTONG – Pemuda PAS perlu meningkatkan daya saing, fizikal dan mental dalam mengisi kemenangan di negeri Terengganu.
Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, penglibatan dan peranan golongan tersebut juga perlu diperluaskan untuk menarik lebih sokongan rakan-rakan mereka terhadap PAS.
“Bukan itu sahaja, pemuda juga perlu mempunyai nilai jati diri unggul dan pembangunan sahsiah mantap sebagai pemimpin pelapis di kawasan masing-masing.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik berkata demikian ketika merasmikan Retreat Pemuda PAS DUN Kemasik, di Dusun Agro Resort, di sini, pada Jumaat kelmarin.
Dalam nada ‘sebak’, Ir Saiful Azmi Suhaili mengenagkan amanah dan tanggungjawab berat yang terpaksa beliau pikul.


“Pesanan akhir untuk diri sendiri dan adik-adik pemuda ialah supaya berakhlak dengan akhlak Islam, pastikan diri kita boleh menjadi teladan kepada masyarakat,” ujar beliau sebagai penutup kata.
Seramai 47 orang pemuda PAS DUN Kemasik terlibat dalam program selama dua hari satu malam tersebut dan pelbagai modul diatur sebagai pengisian program.




























