Terengganu, Malaysia

Pemuda PAS menyatakan bantahan kepada NST

pemudanst

“Tok Guru adalah seorang tokoh agama dan beliau adalah pemimpin utama parti. Selain itu, beliau juga merupakan pemerintah rakyat Kelantan. Artikel-artikel seperti ini hanya mendorong kemarahan daripada rakyat Kelantan khususnya dan amyat semua rakyat Malaysia yang menyokong Tok Guru”, jelas Ustaz Nasrudin.

Di dalam satu sidang media Dewan Pemuda PAS Malaysia yang dibuat dihadapan pejabat Balai Berita New Straits Times Press [M] Berhad pagi tadi, Ustaz Nasrudin selaku Ketua Pemuda PAS Malaysia menasihatkan kepada semua wartawan dan media untuk menjaga etika kewartawanan dan juga penulisan satu-satu berita agar tidak mencetuskan isu-isu seperti ini hanya kerana untuk melariskan jualan akhbar mereka.

“Kita mahu NSTP atau mana-mana media untuk menjaga etika kewartawanan mahupun penulisan berita agar tidak timbul isu-isu seperti ini yang hanya akan melahirkan ketidak percayaan rakyat Malaysia pada media sebab tidak professional, tiada kualiti dan integriti”, ulas beliau.

Beliau juga mengingatkan agar pihak NST dapat memohon maaf dan menarik semula artikel terbabit dalam tempoh 24 jam.

“Kami beri masa 24 jam pada pihak NST untuk memohon maaf dan menarik balik artikel tersebut. Sekiranya pihak NST masih berdegil, kami akan mengadakan bantahan secara besar-besaran satu Malaysia”.

Rombongan Dewan Pemuda PAS diketuai sendiri oleh ketuanya Ustaz Nasrudin Hassan. Beliau ditemani oleh Ustaz Nik Mohamad Abduh selaku Timbalan Ketua Pemuda DPPM, saudara Khairul Faizi selaku Setiausaha DPPM, saudara Khairul Fahmi selaku Penolong Setiausaha 2 DPPM, saudara Yusapiza selaku Penolong Setiausaha 3 DPPM, saudara Adram selaku EXCO DPPM dan saudara Kamaruzaman selaku Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Delegasi Pemuda PAS Malaysia ini telah disambut baik oleh pihak NST dan memorandum tersebut telah diterima oleh Wan Abdillah Wan Nawi Ketua Bahagian Pemasaran Korporat yang mewakili Abdul Jalil Hamid selaku Ketua Kumpulan Editor News Straits Times Press (M) Berhad.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan