Perkara ini sepatutnya menjadi kebimbangan rakyat Malaysia kerana tahap hutang negara yang tinggi untuk tempoh yang berterusan, sebenarnya boleh memberikan kesan ekonomi dan kewangan negara dalam tempoh jangka panjang. Keadaan ini akan bertambah buruk jika wang yang telah dipinjam dibazirkan untuk tujuan projek-projek mega yang sebenarnya tidak perlu pada masa sekarang, tetapi diperuntukkan semata-mata untuk “mengenyangkan” suku-sakat dan kroni.
Kemungkinan besar hal-hal sebegini tidak akan dipaparkan di mana-mana jua media arus perdana UMNO kerana khuatir akan penolakkan rakyat kepada mereka besar-besar. Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan satu kempen “Selamatkan Malaysia !” dengan slogan “BN-Bankrup Negara !” sempena cuti perayaan sebagaimana berikut ;
Tarikh : 15 Ogos 2012 [ESOK]
Masa : 8.00 malam
Tempat : Hentian Bas Putra [Dr Raja Ahmad al-Hiss Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia]
Hentian Bas Pudu Raya [Khairul Faizi Setiausaha Pemuda PAS Malaysia]
Agenda :
7.45 petang : Berkumpul
8.00 malam : Edaran buah tangan untuk rakyat balik kampung
Pelancaran kempen ini akan disempurnakan oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia Dr Raja Ahmad al-Hiss dan juga Duta Kempen Selamatkan Malaysia Saudara Hairie Othman. Kempen ini bertujuan untuk mendedahkan realiti sebenar Malaysia kepada masyarakat luar bandar agar mereka turut sama berkongsi kebimbangan selaku rakyat Malaysia yang prihatin. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan agar rakyat Malaysia dapat membaca maklumat yang akan diberikan dengan hati yang terbuka seterusnya mengkaji kebenaran fakta yang diberikan.
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita pasti tidak mahu Malaysia bankrupt. Orang-orang tua dahulu suka mengingatkan kita dengan pepatah-pepatah mereka yang berhikmah. Maka “jangan sampai sudah terjatuh baru nak terngadah”. Ubah sekarang, selamatkan Malaysia !.
Dr Raja Ahmad al-Hiss
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia











