KUALA TERENGGANU – rakyat Malaysia telah dan sedang melalui detik-detik yang sangat sukar dengan desakan kos sara hidup semakin tinggi ekoran tadbir urus negara yang ‘korup’ mengakibatkan matawang dan ekonomi negara menjunam teruk.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Terengganu YB Hilmi Harun, ia menambah ‘cuka’ pada ‘luka ekonomi’ ini dengan harga minyak dunia terus menyusut.
“dengan jangkaan serendah USD 5 – 15 setong (oleh IMF) pada tahun 2016 nanti……Ini pastinya memberi kesan besar kepada “kantung” negara yang sangat bergantung kepada hasil petroleum,”ujarnya dalam satu kenyataan media.
Justeru itu, beliau mewakili Pemuda PAS Negeri Terengganu mengajak seluruh lapisan masyarakat, khususnya rakyat Terengganu dan anak-anak muda perihatin untuk ke Majlis Munajat dan Solat Hajat Perdana.
“Munajat dan Solat hajat Perdana akan diadakan di Masjid Pengadang Baru bermula waktu solat Maghrib berjemaah hari ini, Khamis, 31hb Disember 2015,”jelasnya.
Dengan itu, kata beliau, mudah-mudahan dengan bermunajat dan merayu serta mengadu kepada Allah, akan menyelamatkan rakyat Malaysia.
“khususnya rakyat negeri Terengganu selamat dari belenggu kesempitan hidup serta ‘bala ekonomi’, kesan daripada kerakusan dan kebobrokan pemimpin-pemimpin Negara yang tidak berhati perut kepada rakyatnya,”tambah beliau





























