Pemuda PAS Akan Mengadu Kepada Yang DiPertuan Agong

724
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita6/mca%20anti%20islam.JPG

Datuk Seri Chua Soi Lek yang meminta beliau untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau yang menghina hudud.

Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan memorandum yang dihantar seakan-akan ‘dibakul sampahkan’ oleh beliau dan pimpinan MCA.  Di dalam memorandum tersebut, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah memberikan tempoh kepada beliau selama seminggu untuk memohon maaf dan menarik semula kenyataan beliau yang menghina hudud.

Dengan ini Dewan Pemuda PAS Malaysia memaklumkan bahawa tempoh yang diberikan telah tamat. Dewan Pemuda PAS Malaysia kini sedang mengatur satu gerakkan himpunan besar-besaran ke Istana Negara dan berusaha untuk menyerahkan satu memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong.

Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, sudah sampai masanya untuk Yang Di Pertuan Agong mengetahui tindakan MCA yang berulang kali telah menghina Islam selaku agama rasmi di dalam perlembagaan Malaysia. Justeru Dewan Pemuda PAS Malaysia merancang untuk menghadap Yang Di Pertuan Agong untuk menyampaikan aduan ini dalam masa yang terdekat sejurus selepas Yang Di Pertuan Agong berangkat pulang daripada menunaikan Haji.

Khairul Faizi Ahmad Kamil
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Malaysia