Pemuda Bersatu Padu, Umat Kuat

1027

Oleh : Hailmey Mansor

KUALA NERUS – Para pemuda Islam disaran mengeratkan tali persaudaraan dan bersatu padu supaya ummat menjadi kuat.

Ketua Pemuda Seberang Takir Ustaz Rozi Sakiman berkata, anak muda perlu mempamerkan ukhuwah agar dapat dilihat dan dirasai keakraban silaturrahim itu.

“Saya harap para pemuda dapat ikat tali silaturahim supaya musuh gerun bila melihat keakraban ini,

“Islam juga mengajar kita untuk berkasih sayang sesama saudara seagama kerana Islam adalah duta perpaduan,” jelasnya.

Beliau yang juga Penolong Hal Ehwal Belia i-MiTS Seberang Takir berkata demikian ketika merasmikan
Majlis penutup Kejohanan Boling Piala Ketua Penyelaras pemuda (PPD) DUN seberang Takir di Coral Crown Bowl,Paya Bunga Square pada Khamis,24 Oktober.

Justeru itu, beliau berharap agar anak-anak muda bersatu padu menjadi teladan kepada orang bukan Islam.

Menurutnya, program tersebut yang dianjurkan oleh Pemuda PAS Seberang Takir merupakan tahun ketiga diadakan dan adalah aktiviti tahunan di DUN tersebut.

“Sebanyak 23 pasukan telah berentap dalam kejohanan tahun ini.

“Seberang Takir Pantai telah menjuarai edisi kali ini dan membawa pulang piala pusingan,medal dan hamper,” tambah beliau.

Turut menyertai ialah Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir,Haji Mohd Fazil Wahab dan wakil kakitangan daripada Pusat Khidmat Masyarat Seberang Takir.