Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Besut, Puan Napisah Ismail berkata pengajaran dari hadis nabi SAW tersebut adalah satu garis panduan yang paling baik kepada para pengundi bagi membuat pilihan pada pilihan raya umum kali ke-13 (PRU-13) akan datang.
“inilah hadis yang menjadi panduan kepada kita apabila kita mahu memangkah dan memilih pemimpin dan kerajaan dalam pilihanraya umum kelak, hadis yang nabi sebut lebih 1400 tahun dulu sedang berlaku dihadapan kita,
“pemimpin (Umno) yang ada pada hari ini sering bercanggah dengan kitab Allah, siapa yang memberi rasuah, mengambil rasuah……menerima rasuah…..tukang tulis, tukang sain….tukang sain…..tukang sokong…….semua jelas haram dalam al-Quran,”ujarnya. [Lihat Video Ucapan Puan Napisah]
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Penerangan Isu-Isu Semasa di Kuala Besut dekat sini, pada Isnin 1 April lalu.
Menurutnya, pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) sanggup melakukan pembohongan dan penipuan semata-mata mahu mengekalkan kuasa.
Antara pembohongan yang jelas katanya, pemimpin Umno-BN mendakwa sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU-13, pemimpin DAP akan jadi Perdana Menteri.
Katanya, dakwaan ‘bohong’ pemimpin Umno-BN itu cuba ‘mengecek’ rakyat yang sebenarnya, tidal lagi ‘bodoh’ sekarang.
“dia (pemimpin Umno-BN) nak ‘kecek’ rakyat……nak kecek pengundi……..(sedangkan) rakyat tak ‘bodoh’ dah sekarang ni, semua orang tahu jumlah kerrusi parlimen ada 222 kerusi dan DAP bertanding hanyalah 48 kerusi,
“kalu dia (DAP) menang habis pun dia tak boleh memerintah lagi Malaysia……dia tak boleh lagi jadi Perdana Menteri…….wahai Umno…….!,”tegasnya.





























