Oleh : ZM
KUALA NERUS – Pemimpin dan wakil rakyat PAS sentiasa prihatin dan cakna kepada masyarakat yang diwakilinya, lebih-lebih lagi kepada mereka yang memerlukan.
Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN ) Bukit Tunggal Dr Alias Razak berkata, sikap ambil berat itu ‘ditumpahkan’ kepada semua golongan tanpa mengira latar belakang dan apa fahaman politik mereka.
“Saya selaku wakil rakyat Bukit Tunggal, berterima kasih pada Lajnah Kebajikan DUN kerana mengatur program ini,


Beliau berkata demikian selepas menziarahi enam buah rumah dalam daerah mengundi (Peti Undi) Pulau-pulau di Pulau Duyung Besar di sini, pada Selasa, 7 Mac .
Menurutnya, ia adalah aktiviti meneruskan rutin harian melawat dan mendengar aduan serta keluhan rakyat.
“Hari ini giliran menyantuni rakyat di Pulau Duyung yang suatu dekad dulu pernah diadakan Pertandingan Kapal Layar peringkat dunia atau ‘Monsoon Cup’,


“Semua itu adalah sejarah pembaziran mega Umno dan BN Terengganu,”tegasnya.
Sebaliknya, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu itu berkata, penduduk di Pulau itu masih hidup dalam penuh ‘kedaifan’ dan mereka terus terhimpit dengan kenaikan kos hidup yang melambung akibat dari GST.
Ditambah lagi, katanya, kenaikan harga diesel, minyak masak, gula dan lain-lain, sedangkan pendapatan semakin merosot.
Oleh itu, beliau berkata, seperti biasa sempena program tersebut, beliau mengagihkan sedikit barangan keperluan asas harian serta sedikit wang poket.


Antara yang sempat diziarahi ialah beberapa orang penduduk yang sakit kebanyakannya menghidapi Diabetes, Darah Tinggi, Saraf dan Diserang Angin Ahmar (Stroke).
Mereka yang dilawati berumur 60 keatas, terharu dengan lawatan Dr. Alias sehingga ada yang mengalirkan air mata.
Justeru itu, beliau berkata, melihat kepada suasana tersebut, kegiatan ziarah itu akan diteruskan dengan lebih kerap lagi pada masa akan datang.





























