Pemilik Sabasun Ucap Terima Terima Kasih Kepada Semua

1099

[Lihat Video] Assalamu’alaikum, warahmatuLlahi wabarakatuh, AlhamduliLllahi Rabbil’alamin,

Di kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terus menerus berdoa dan memberikan sokongan kepada perjuangan Sabasun khususnya dan di dalam memartabatkan usahawan tempatan amnya.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada para pelanggan yangsentiasa prihatin terhadap perjuangan Sabasun juga kepada para NGO yang sentiasa cakna, parti-parti politik serta mana-mana individu yang turut sama berusaha untuk memartabatkan perjuangan tempatan, para wartawan terutamanya Sinar Harian, para bloggers, dan juga kepada pengendali Facebook ‘Kami Sayang Sabasun’.

Ucapan ribuan terima kasih kepada anda semua yang berusaha dan juga tidak ketinggalan kepada seluruh warga Sabasun yang tidak jemu-jemu menghadapi pelbagai cabaran sepanjang lapan belas tahun Sabasun beroperasi.

Dan untuk situ semua semoga Allah member kebaikan yang banyak kepada anda semua. Terima kasih banyak-banyak.

Che Salmi Che Ibrahim
Pemilik dan Pengusaha
Sabasun Hyper Runcit
10 Disember, 2013