Pemenang Eurovision Pulangkan Trofi Bantah Penyertaan Israel

200

Pemenang pertandingan nyanyian Eurovision 2024, mengumumkan akan memulangkan trofi kepada Kesatuan Penyiaran Eropah (EBU), membantah penyertaan berterusan Israel dalam pertandingan itu.

Nemo Mettler berkata pada Khamis, penyertaan Negara’ zionis yang menindas itu, bercanggah dengan nilai-nilai yang dinyatakan penganjur.

Dalam satu kenyataan yang dikongsi di Instagram, penyanyi Nemo menjelaskan, trofi yang berharga dalam kariernya itu, tidak lagi bernilai

“Tahun lepas saya memenangi Eurovision dan dengannya saya dianugerahkan trofi tersebut. Dan walaupun saya sangat berterima kasih kepada komuniti di sekitar pertandingan ini,

“dan semua yang telah diajar oleh pengalaman ini kepada saya sebagai seorang insan dan artis, hari ini saya tidak lagi merasakan trofi ini sepatutnya berada di rak saya.” jelasnya.

Artis itu turut mengkritik “jurang” antara prinsip Eurovision dan tindakan EBU.

“Eurovision mengatakan ia melambangkan perpaduan, keterangkuman, dan maruah untuk semua. Nilai-nilai tersebut menjadikan pertandingan ini bermakna bagi saya,” kata penyanyi itu,

“Tetapi penyertaan berterusan Israel, semasa apa yang disimpulkan oleh Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas PBB sebagai pembunuhan beramai-ramai, menunjukkan konflik yang jelas antara ideal tersebut dan keputusan yang dibuat oleh EBU.” tegasnya.

Menekankan bahawa pendirian ini tidak menyasarkan penghibur individu, Nemo menambah bahawa “pertandingan itu berulang kali digunakan untuk melembutkan imej sebuah negara yang dituduh melakukan kesalahan besar,”

“sementara EBU menegaskan Eurovision adalah ‘bukan politik.’ Dan apabila seluruh negara menarik diri kerana percanggahan ini, sepatutnya jelas bahawa ada sesuatu yang sangat salah.” tambah beliau

Pemenang Eurovision itu menyimpulkan dengan berkata: “Jika nilai-nilai yang kita raikan di atas pentas tidak dihayati di luar pentas, maka lagu-lagu yang paling indah pun akan hilang maknanya. Saya sedang menunggu saat kata-kata dan tindakan itu selaras. Sehingga itu, trofi ini adalah milik anda.”