Pembunuhan Dan Pembuangan Jenazah As Syahid Osama

833

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/05/logoafmy.jpg– Adalah Penghinaan Kepada Umat Islam. Asian Federation of Muslim Youth (AFMY) bersama-sama dengan seluruh ummat Islam yang cintakan kedamaian dan menentang kezaliman imprialis Barat,  mengutuk sekeras-kerasnya operasi pembunuhan Osama bin Laden oleh tentera Amerika Syarikat (AS) dan pembuangan jenazah al-Syahid itu ke laut seperti diumumkan oleh Presiden Barack Obama pada 2 Mei 2011 dan kebertanggungjawaban mereka terhadap pembunuhan ini. AFMY sangat menyesali dan mengutuk tindakan kerajaan Pakistan yang menjadi tali barut kepada AS dalam menjayakan operasi ini.

Sesungguhnya dunia Barat di bawah pimpinan AS bersama-sama dengan sekutunya  telah lama menindas ummat Islam. Mereka menganggap Islam adalah musuh kepada Barat dan mutakhir  mereka telah membangunkan Order Baru dan program globalisasi bagi menentang kebangkitan Islam, lantas menjadikan al-Qaeda dan as-syahid Osama bin Laden sebagai simbul penentangan mereka. Namun begitu kita percaya pembunuhan Osama tidak akan memuaskan hati AS dan sekutunya kerana dendam mereka terhadap Islam tidak lagi dapat dipadamkan. Ingatlah firman Allah swt yang bermaksud”

“ mereka itu mahu memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka namun Allah tetap menyempurnakan cahayaNya  walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.  (Surat: as-Saf Ayat:8)

Amerika dan sekutunya sangat maklum kenapa gerakan Islam diseluruh dunia menentang dasar-dasar AS khususnya polisi luar mereka? Ianya ada kembali kepada rekod jenayah AS yang menggunakan operasi perisikan penangkapan, penyeksaan, pembunuhan dan pencerobohan serta kezaliman yang tidak ada tolak bandingnya ke atas ummat Islam khususnya dalam dasar-dasar mereka di Timur Tengah.

Justeru maka alasan Amerika Syarikat (AS)  memburu Osama sebagai menentang serangan 11 September 2001 sangatlah meragukan. Ramai yang mempersoalkan sumber maklumat dan kesahihan serangan ke atas Menara Berkembar di  New York itu dikendalikan oleh pimpinan al-Qaeda as-syahid Osama bin Laden. Banyak analisis pelbagai pakar di Amerika Syarikat (AS)   sendiri mempersoalkan bahawa perancangan serangan itu adalah rencana dari luar.

As Syahid Osama mempunyai kefahaman mengenai hegemoni  politik Barat yang sangat jelas ketika beliau membuat keputusan melancarkan perang ke atas segala simbol kekuatan Barat terutama Amerika.

Seluruh dunia tahu  Amerika , Britain , Perancis , dan seluruh koaliasi mereka telah meluluskan tindakan ganas menyerang , mencerobah dan membunuh rakyat negara lain kononnya diatas mandat  PBB. Keyakinan beliau untuk berdepan secara fizikal dan sanggup menyerah seluruh kekayaannya untuk berada dibarisan depan berhadapan dengan kekuatan tentera Barat adalah suatu pengorbanan yang besar pada mata umat Islam dan untuk menuduh beliau secara simplistik sebagai pengganas adalah suatu penghinaan kepada ummat Islam. Malah As Syahid Osama adalah mujahid Islam yang sangat inspirasional kepada seluruh pejuang yang lain walaupun dengan pendekatan yang berbeza.

AFMY bersama-sama dengan NGO-NGO yang lain serta ummat Islam di seluruh dunia merasa sangat terhina dan mengutuk pembunuhan dan pembuangan jenazah al-syahid ke laut serta mereka yang bersekongkol dan merestui jenayah yang hina ini.

Wallahu A’lam Bissawab.

Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar…..

Abu Bakar Chik
Chairman Asian Federation of Muslim Youth (AFMY)

http://www.youtube.com/watch?v=YloT1XGDgEo&feature=channel_video_title