Pembunuh Kejam Hanya Dijatuhkan 18 Bulan Penjara

2021

Kumpulan Hak Asasi Manusia dan pemimpin Palestin telah mengutuk hukuman ‘amat ringan’ yang dijatuhkan kepada Elor Azaria, pegawai perubatan tentera Israel yang telah difilemkan membunuh seorang wargaa Palestin di Hebron tahun lepas.

Pada hari Selasa, tribunal tentera hanya menghukum askar rejim itu 18 bulan penjara dan penurunan pangkat, selepas hampir setahun lalu beliau menembak dari jarak dekat kepala pemuda Palestin berusia 21 tahun, Abdel al-Fattah al-Sharif.

Hukuman itu adalah jauh lebih rendah daripada yang dituntut pihak pendakwa yang menegaskan Elor Azaria sepatutnya dijantuhkan tiga hingga lima tahun penjara, pada kesalahan yang boleh mencapai maksima, maksimum 20 tahun.

“Azaria sepatutnya menerima hukuman penjara seumur hidup. (Hukuman 18 bulan) Ini tidak akan bertindak sebagai pencegahan kepada tentera untuk memetik picu senjata sesuka hati,” kata ahli Palestin Parlimen di Israel, Jamal Zahalka.

“Terdapat beribu-ribu askar lain yang membunuh rakyat Palestin, tetapi tidak didakwa dan dibicarakan,

“Juruterbang Israel menggugurkan bom di sekolah-sekolah dan hospital di Gaza (pada perang tahun 2014), mengapa mereka tidak dibicarakan juga?,”soalnya.

Beliau menegaskan, pengarah sebenar jenayah terhadap rakyat Palestin adalah negara Israel sendiri dan menggelar hukuman itu sebagai ‘demokrasi bersenjata’ rejim,.

Beliau mempersoalkan, adakah dengan meletakkan seorang individu dalam perbicaraan, Israel berharap dapat memberikan legitimasi (pengesahan) pada keseluruhannya tindakan pembunuhan dan sekatan keatas Palestin.

Keluarga Abdel Fattah

Bagi penduduk Palestin, perbicaraan itu adalah tidak lebih daripada ‘sandiwara rejim Israel semata-mata.

Keluarga Abdel al-Fattah al-Sharif berkata Elor Azaria telah melakukan kekejaman, satu penyembelihan dengan sengaja bukan hanya suatu pembunuhan.

“hukuman yang dijatuhkan adalah lebih ringan daripada yang dikenakan kepasa seorang kanak-kanak Palestin yang melempar batu kepada askar rejim,”tambah keluarga Abdel Fattah.

Elor Azaria menembak Abdel Fattah dalamkeadaan beliau telah cedera parah, dalam keadaan terbaring dan tidak bermaya, setelah ditembak tentera Israel yang lain di pusat pemeriksaan rejim.