Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II pada awal bulan ini telah menyatakan kesediaan Kerajaan untuk mempertimbangkan penetapan harga siling bagi harga runcit petrol dan diesel di negara ini dan beliau sendiri mengakui bahawa ia adalah lebih adil untuk semua.
Oleh itu, saya menggesa Kerajaan agar segera menetapkan harga siling ini sebelum tiba bulan Mac ini yang dijangkakan harga runcit bahan api ini akan meningkat lebih tinggi lagi.


Pada Mac tahun lalu pula, RON95, RON97 dan diesel masing-masing dijual pada harga RM1.60, RM1.95 dan RM1.35 seliter.


Selain menetapkan harga siling ini seperti yang pernah saya cadangkan sejak 2015 lagi, saya juga mendesak Kerajaan agar membuat pemberitahuan perubahan harga minyak kepada pengguna dan lebih awal; bukan hanya dimaklumkan kepada pengusaha minyak sahaja.
Pemberitahuan lebih awal kepada pengguna ini adalah sangat perlu bagi pengguna merancang perbelanjaan masing-masing.
Sekian.
“Inilah Penyelesaian Kita”
DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Ahli Parlimen Kuala Nerus



























