Pada November tahun 1999, PAS telah berjaya mengambilalih pemerintahan Terengganu apabila menang PRU pada peringkat negeri.
2-Pada tahun 2003 satu tender pembalakan telah diluluskan oleh kerajaan negeri kepada Syarikat Riyapadu.
3-Tujuan pembalakan ialah bagi membersihkan kawasan hutan untuk membina Empangan Kenyir 2 seluas kira-kira 16 ribu hektar.
4-Akan tetapi perkembangan kerja-kerja pembersihan itu tidak mengikut spesifikasi yang dikehendaki kerajaan negeri serta masalah pembayaran premium syarikat kepada kerajaan.
5-Kerajaan negeri yang dikuasai oleh PAS telah meminta nasihat daripada Pegawai Penasihat Undang-Undang (L.A) Negeri Terengganu ketika itu atas isu tersebut.
6-L.A telah menasihati kerajaan agar menamatkan kontrak syarikat terbabit dan kerajaan telah mengambil nasihat tersebut dengan menamatkan kontrak itu.
7-Syarikat Riyapadu telah mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri atas tindakan penamatan kontrak itu. Mereka mengemukakan saman sebanyak RM1 billion terhadap kerajaan Terengganu pada tahun 2007 iaitu 4 tahun selepas berlaku penamatan kontrak itu dan kerajaan Terengganu telah bertukar kepada Umno.
8-Mahkamah Tinggi telah mendapati kerajaan negeri Terengganu bersalah tanpa diberikan alasan yang sepatutnya. Tidak sempat orang-orang berkenaan undang-undang mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan keputusan kehakiman, Yang Arif Hakim yang mengendalikan perbicaraan itu ditakdirkan meninggal dunia.
9- Mengikut perlembagaan Malaysia, ada dua lagi mahkamah bagi merayu keputusan ini iaitu Mahkamah Rayuan dan Persekutuan. Namun disebalik membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan, kerajaan Terengganu pimpinan Umno sebaliknya menawarkan penyelesaian di luar kamar.
10-Kerajaan Terengganu telah menawarkan pampasan berjumlah RM50 juta kepada Riyapadu. Riyapadu tanpa berlengah, telah menerima tawaran itu walaupun sebelum itu telah menyaman sebanyak RM1 billion dan telah menang pada pusingan pertama. Pelik bukan? RM50 juta sahaja diambil walaupun telah menang RM1 billion sebelumnya. Kenapa Riyapadu hanya bersetuju selesai di luar kamar?
11-Jadi kerajaan Terengganu pimpinan Umno hanya membayar RM50 juta dan bukannya RM1 billion seperti tuduhan Adun Kuala Berang. Manakala kerajaan pimpinan PAS pula menamatkan kontrak itu berasaskan nasihat daripada L.A.
12-Tuduhan oleh Adun Kuala Berang Tengku Putera ini, selain cuba mengaitkan PAS dengan kegagalan, ia sebenarnya jelas cuba menjadikan pegawai kerajaan yang berkelayakan kelihatan seperti orang bodoh, tidak pandai memberi nasihat.
Rakyat boleh menilai sendiri, Umno ketika ini hanya mampu cuba mencalarkan imej PAS dengan membawa cerita hampir 20 tahun lepas. Cerita itu bukan sekadar basi malah cerita itu juga bohong. PAS insyaAllah hanya satu-satunya gerakan yang tidak membawa budaya politik persepsi, berbeza dengan perangai Umno dan kumpulan yang sejenis perangai dengan Umno.
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS
21 Jamadilawwal 1439/7 Februari 2018




























