KUALA TERENGGANU – PAS mengambil maklum berhubung pengumuman Kerajaan Terengganu akan merobohkan bangunan lama Pasar Kedai Payang pada tahun hadapan bagi memberi laluan kepada pembinaan semula kompleks yang baharu.
Ketua Penerangan Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim menyeru agar pasar itu nanti asar adalah lebih baik dengan mengekalkan konsep pasar rakyat yang sedia ada.


“PAS telah dijemput hadir sama menyumbangkan idea. Apa yg diharapkan adalah apa yang akan dibina menepati rumusan yg dipersetujui bersama yang antara lain bertujuan mengekalkan fungsi dan konsep pasar sebagai pasar rakyat dan bukannya pasar berkonsepkan pasaraya mewah atau konsep pasaraya hyper seperti Giant atau Mydin,”ujarnya.
Beliau dalam kenyataannya turut memberi ingatan kepada kerajaan agar cadangan yang dipersetujui untuk menyatukan keseluruhan termasuk Bazar Warisan dilaksanakan.
“agar semuanya dikenali sebagai Pasar Payang sahaja dengan dihubungkan dengan laluan jejambat/jejantas yg bersesuaian. Bangunan sementara pasar yang cukup dan selesa mesti disiapkan dulu bagi menempatkan semua peniaga yg ada.


Beliau menambah, bangunan sementara di Pulau Warisan adalah terdedah angin kencang terutama di musim Monsun.
Oleh, kata beliau, ia perlu cukup kuat dan terlindung hujan.
Sementara itu, beliau berkata, reka bentuk bangunan baru Pasar Payang hendaklah dibuat dengan perbincangan berterusan terutamanya dengan wakil wakil persatuan peniaga.
“Susun atur ruang niaga, kemudahan asas, saiz ruang mesti dibincang bersama. Tidak boleh semata mata bersandar imaginasi arkitek semata-mata.
“Saya berkesempatan hadir sama sebagai pemerhati dalam beberapa dialog perbincangan dengan ahli ahli Persatuan Peniaga Pasar Payang yang berbincang secara positif dalam memberi kerjasama bagi menjayakan apa yg telah dipersetujui ini.
“Saya ingin memuji sikap persatuan yg selain melihat isu pembinaan bangunan baru, turut mengajak ahli melakukan anjakan paradigma dalam memajukan perniagaan masing masing,”kata beliau.


Katanya, janganlah bangunan baru Pasar Kedai Payang itu seperti bangunan Paya Bunga Square yag baru disiapkan kerajaan dengan kos ratusan juta ringgit.
“sekarang (Paya Bunga Square) dikritik hebat kerana susun atur ruang niaga yg dikatakan menjadi punca hilang daya tarikan pelanggan walaupun bangunannya indah tersergam.
“PAS mengingatkan kerajaan tentang rekod buruk pelbagai projek pembinaan yang lalu yang diselubungi kegagalan total seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Limbat dan Taman Ilmu di Besut, Kompleks Textile di Kijal, stadium yg runtuh dan begitu banyak projek yang gagal,”katanya lagi.
Isu kebolehgunaan, daya maju, kualiti, kos dan pemasaan, kata beliau, mestilah diurus dengan betul.
PAS Kuala Terengganu juga katanya, turut memberi perhatian tentang tindakan mempolitikkan urusan kepentingan peniaga Pasar Payang.


“Perkara ini tidak sihat dan merosakkan perpaduan di kalangan peniaga,”tegasnya lagi.
Terbaru, katanya, PAS menerima maklumat tentang rungutan pelbagai pihak berkaitan Bazar Ramadhan yang selalunya telah selesai diaturkan perancangannya oleh MBKT dengan kerjasama Persatuan.
“Ada konflik dikesan dengan kedua dua persatuan diberi hak untuk dua lokasi yg sangat berdekatan. Kami harap semua perkara berbangkit ini diberi perhatian oleh pihak pihak berkenaan,”katanya.
https://youtu.be/Z57Z-u3YWkA
https://youtu.be/zCnQ-WJJLjQ
https://youtu.be/cBSL5po1Kgs
https://youtu.be/ZKT4yPo-Lng





























