Pembinaan Ladang Gemilang Tidak Mengikut Pelan Pembangunan

801
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/DSC_0092.jpg

Pengerusi AMANAH negeri Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Tengku Ahmad Shah Pelan Tindakan Pembangunan itu dikeluarkan dan dipamerkan oleh kerajaan sendiri serta boleh dibeli oleh orang ramai dengan harga RM00 senaskah.

“sebagai seorang arkitek saya mendapati banyak syarat-syarat di dalam pelan tindakan khusus ini tidak dipatuhi, dalam kawasan (kampung) Ladang (pembangunan yang dibenarkan) paling tinggi 10 tingkat (tetapi pembinaan) Ladang Gemilang sudah lebih dari itu,

“ada 14 (tingkat) ada 18 (tingkat dan) yang sedang dibina sebelah masjid Ladang (ketinggiannya) 31 tingkat, walhal pelan yang disediakan oleh kerajaan hanya 10 (tingkat),”ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media berkaitan isu debat Ladang Gemilang yang di adakan di pejabat khidmat masyarakat Wakaf Mempelam, Drian Burung dekat sini, pada Khamis 7 Februari.

Turut hadir dalam sidang tersebut ialah ADUN Wakaf Mempelam YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Timbalan Pengerusi Dewan Hmpunan Penyokong PAS Jeffri Chua dan Pengrusi Gabungan Anak Terengganu (GATE), Haji Ahmad Amzad Hashim.

[Lihat Video ;
Kerajaan Umno BN Melakukan jenayah Budaya Dan Jenayah SilaturRahim1]

 

Raja Kamarul Bahrin mengulangi sekali lagi kesediaannnya untuk berdebat dengan mana-mana pihak berhubung isu-isu yang berkaitan pembangunan di negeri Terengganu khususnya isu yang berkaitan dengan pembangunan Kampung Ladang dan Flet Ladang Gemilang.

Dalam majlis yang sama, Hj Ahmad Amzad mewakili GATE menawarkan diri untuk menjadi penganjur bagi debat  tersebut.

“saya mewakili Gabungan Anak Terengganu (GATE) sedia mengaturkan perdebatan yang dimaksudkan sebab (kerana) Gabungan Anak Terengganu sendiri pun sudah terlibat dengan isu tanah (yang) berkait dengan tanah (orang) Melayu, sekiranya semua bersetuju,

“setakat ini belum ada respon (dari Wan Hisham) kalau ada respon kita akan sediakan pentas bagi tujuan tersebut,”jelasnya.[Lihat Video ; Sidang Media Isu Debat Ladang Gemilang]

Sebelum ini, Datuk Raja Kamarul Bahrin bag pihak AMANAH pernah menawarkan diri menjadi penganjur bagi perdebatan antara Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid dengan dengan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Namun, Ahmad Said menlak dengan alasan, debat tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.

Pada minggu lalu, sebuah akhbar harian tempatan melaporkan, Pegawai Pembangunan DUN Ladang datuk Wan Hisham Wan Wan Salleh mencabar para pengkritik kerajaan berdebat berhubung pembangunan Flet Ladang Gemilang