Kumpulan penyokong Rohingya menggesa siasatan bebas terhadap dakwaan bahawa Penyelaras Residen PBB di Myanmar mempunyai peranan dalam “pembersihan etnik” yang dilakukan terhadap masyarakat Rohingya Muslim.
“PBB perlu menyiasat kejadian itu secara bebas,” kata Pengerusi Majlis Rohingya Eropah, Hla Kyaw (Gambar bawah) kepada Anadolu Agency pada Isnin.
Agensi berita utama British BBC menerbitkan berita pada Khamis lepas bertajuk ‘Muslim Rohingya takut kepada PBB gagalkan mereka’ memperincikan tuduhan terhadap pegawai Kanada, Renata Lok-Dessallien.
BBC memetik ‘sumber dalaman PBB dan kalangan pihak bantuan kedua-dua di Myanmar dan di luar’ sebagai berkata Lok-Dessallien cuba menghalang aktivis hak asasi manusia masuk ke kawasan Rohingy.


Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat terbuka pada tentang nasib Rohingya pada hari yang sama dan merupakan kali pertama dalam tempoh lapan tahun.
Dalam pertemuan itu, Duta AS ke PBB, Nikki Haley berkata keganasan terhadap Rohingya kelihatan seperti pembersihan etnik.
“Kita tidak boleh takut untuk memanggil tindakan pihak berkuasa Burma tehadap apa yang mereka lakukan, kekejaman dan kempen berterusan untuk membersihkan negara minoriti etnik,” Haley memberitahu Majlis Keselamatan.


“PBB sama ada bersubahat atau sengagaja mengabaikan jenayah Myanmar terhadap kemanusiaan atau lambat bertindak terhadap pembakaran serta pembunuhan beramai-ramai terhadap Rohingya di barat negeri Rakhine,” katanya.
Kyaw mendakwa bahawa PBB tidak berbuat apa-apa tindakan yang berkesan untuk menghentikan kematian walaupun seorang Muslim Rohingya.
Menurutnya, Myanmar telah melaksanakan kemusnahan sistematik selama hampir 40 tahun warga Rohingya dan PBB yang jadi ‘penonton’.


“Mereka menarik masyarakat Hindu terhadap Rohingya dengan menggali kubur besar Hindu, mungkin dibunuh oleh tentera Myanmar dan menyalahkan pemberontak Rohingya,” tambahnya.
Beliau kesal, PBB sibuk seperti biasa dengan mengeluarkan kenyataan dan mengutuk Myanmar, tanpa melakukan apa-apa untuk menghentikan junta Myanmar daripada melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai terhadap Rohingya.
*** RayuanSumbangan Derma Dan Sedekah Untuk Rohingya. Bagi negeri Terengganu, orang ramai yang berhasrat untuk menyumbang boleh disalurkan kepada kepada Tabung KAMI melalui akaun Bank Islam KAMI MANAGEMENT No. 13053 01 0008281



























