KUALA NERUS – PAS Terengganu mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah memberi sokongan, dokongan dan bantuan bagi menjayakan program Fastaqim 2.0.
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, ia merupakan julung kalinya penyertaan peserta melebihi 200 ribu orang dan ini merupakan satu rekod yang dicapai oleh PAS Negeri Terengganu.
“Kawasan seluas 50 ekar dipenuhi lautan manusia yang datang dari seluruh negara termasuklah Sabah dan Serawak,
“Manakala Konvoi Mega dengan penyertaan anak muda bermotosikal melebihi 8000 buah motosikal turut mengiringi kepimpinan PAS ke program Fastaqim 2.0 disamping jumlah kutipan derma sumbangan sebanyak lebih rm 300 ribu,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui ditapak Fastaqim 2.0 hari ini, 1 Oktober, disini.

ADUN Paka itu berkata, tempat ini akan dibersihkan sepenuhnya dalam masa dua hari, seperti sediakala sebagaimana sebelum ini dan sesuai diadakan apa-apa acara dimasa akan datang.
“saya turut mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak khususnya kepada Jawatankuasa PAS Malaysia dan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu juga kepada Jawatankuasa Induk serta Jawatankuasa Pelaksana,
“Terutama sekali kepada Kuala Nerus sebagai tuan rumah yang telah berjaya mengerahkan kekuatan logistik, persiapan tempat dan sebagainya bagi menyiapkan tempat ini untuk menyambut kedatangan lebih daripada 200 ribu peserta,” kata beliau.
Ustaz Satiful mewakili Pengarah dan petugas Fastaqim 2.0 memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan sepanjang berlangsungnya program ini.
Katanya ia merupakan satu gelombang kebangkitan rakyat untuk bersama dengan PAS dan in shaa Allah, akan berjaya membuat perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang akan datang.










