Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

Pembatalan Serahan Memo Ke Pejabat DAP Kebangsaan

Pembatalan Serahan Memo Ke Pejabat DAP Kebangsaan

Saya dimaklumkan mengenai arahan Setiausaha Agung PAS Dato Mustafa Ali agar program serahan memo ke pejabat DAP Kebangsaan yang dijadualkan esok dibatalkan. Atas dasar menghormati kepimpinan maka saya dengan ini mengisytiharkan bahawa program ini dibatalkan.

Namun disini saya ingin memaklumkan kepada pihak DAP Kebangsaan dan media, kandungan memo kami yang sepatutnya diserahkan esok. Kami menuntut 3 perkara daripada DAP Kebangsaan :

1. Hentikan segala tuduhan liar terhadap Dato Seri Tuan Guru Presiden Pas dan pimpinan Pas sebagai pengkhianat dan tidak jujur dalam Pakatan Rakyat. Telah terbukti dan dijawab segala pertuduhan yang dilemparkan oleh DAP terhadap Dato Seri Tuan Guru Presiden Pas dan perjuangan Pas itu sendiri. Jadi sewajarnya DAP memohon maaf. Dengan ruang demokrasi yang ada Pemuda Pas Selangor mohon penjelasan tuduhan yang dilemparkan pada Pas antaranya :

IMG-20150331-WA0112i)Penjelasan daripada DAP dan CEC DAP yang memutuskan pada 24 Mac 2015 yang lalu untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS. Pada Pemuda PAS Selangor, tindakan CEC DAP itu tidak demokratik dan menghina pilihan yang diambil oleh ahli-ahli PAS yang memilih TG Haji Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

ii)Penjelasan dan pendirian DAP terhadap tindakan Ahli Parlimen DAP dari Perak, Nga Kor Ming yang memfitnah TG Haron Din, Mursyidul AM PAS, dalam facebook beliau dengan menayangkan poster maya Tuan Guru Haron Din Bersama Menteri Umno dengan nada yang menghina. Poster Maya tersebut dipaparkan di page rasmi Nga Kor Ming sejak 630 petang 28 Mac 2015. Pada Kami, tindakan Nga Kor Ming ini mempunyai niat yang tidak baik.

iii)Penjelasan DAP berhubung tindakan Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Meng yang menuduh Tuan Guru Presiden PAS khianat kerana membawa usul persendirian pindaan Akta Mahkamah Syariah. Sedangkan suatu masa dahulu, pada 29 April 2013, Lim Guang Eng dan Ustaz Salleh Man bersama sama mengakui hak hak perjuangan yang tidak dipersetujui bersama. Tambahan pula, pindaan yang diusulkan oleh TG Haji Abdul Hadi Awang tidak melibatkan orang bukan ISLAM dan dilakukan melalui proses demokrasi. Tuduhan khianat Dr Ong Kian Ming adalah sesuatu tuduhan berat dan perlu dijelaskan kepada kami tentang atas asas apa beliau sanggup berkata begitu.

2. DAP meyakini kepada demokrasi. Namun DAP cuba menyekat hak kami untuk membawa Private Bill ini dengan ugutan dan tuduhan kepada Dato Seri Tuan Guru Presiden dan PAS. Oleh yang demikian, kami menuntut agar DAP menghentikan campur tangan terhadap perjuangan Qanun Jenayah Syariah yang di perjuangkan oleh Pas. Undang-undang yang dibawa hanya berkisar dalam Akta Mahkamah Syariah yang hanya tertumpu pada orang Islam dan bukan kepada orang bukan Islam. Jangan sekat hak demokrasi kami untuk membawa Private Bill ini seandainya DAP percaya kepada demokrasi tulen.

3. Jelas hukuman dan undang undang sedia ada tidak mampu menyelesaikan isu jenayah dan keselamatan rakyat. Oleh yang demikian PAS mencadangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah sebagai penyelesaian. Sekiranya DAP tidak bersetuju dengan penyelesaian kepada masalah jenayah yang dibawa oleh PAS maka kami ingin menuntut DAP mencadangkan penyelesaian kepada masalah jenayah yang berlaku.

Kami berharap walaupun serahan memo ini terpaksa dibatalkan atas arahan kepimpinan, mesej kami jelas dan sampai kepada pihak DAP Kebangsaan.
Sekian Terima Kasih.

Ustaz Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan