Pembantaian Raba’ah: ILMAM desak pendirian kerajaan

455

Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera pemberontak Mesir yang diberitakan telah membunuh lebih 30 ulamak Al-Azhar, serta ratusan penyokong Presiden Dr Muhammad Mursi, selain mencederakan ribuan yang lain tengahari ini.

Justeru itu, ILMAM mendesak kerajaan Malaysia, dan seluruh negara ummat Islam khasnya, dan negara-negara seluruh dunia umumnya agar mengutuk tindakan tersebut, dan mengambil tindakan diplomatik yang tegas terhadap kerajaan pemberontak Mesir.
1017195_476742459073337_666704056_n
ILMAM mendoakan keselamatan mahasiswa Al Azhar di Mesir dan mengharapkan pihak kerajaan sentiasa memantau dari semasa ke semasa perkembangan mahasiswa di sana.

ILMAM juga menyeru agar masyarakat melihat tindakan zalim ini sebagai isu sejagat dan bukan semata-mata isu rakyat Mesir semata-mata.

Ummat Islam juga diseru untuk mengadakan qunut nazilah sebanyak-banyaknya mendoakan pertolongan bagi saudara seaqidah kita dan menghancurkan perancangan dan tindakan golongan yang zalim.

Syed Abdul Kadir Al-Joofre
Naib Presiden ILMAM