Pembangunan Pasar Payang dan Masalah Sampah

2458

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Hj. Ahmad Razif bin Abdul Rahman, ekoran desakan yang dibuat oleh rakyat telah mengumumkan lebih sebulan dahulu, Pasar Kedai Payang akan dibangunkan mengikut kehendak rakyat.

Pelbagai maklumat dan cadangan telahpun diberikan oleh pelbagai kelompok yg mewakili rakyat kepada kerajaan khususnya melalui Majlis Bandaraya Kuala Terengganu agar fungsi pasar rakyat ini dapat dipertingkatkan sesuai dengan kedudukannya sebagai ikon penting negeri Terengganu.

GANTI memohon agar pelan baru pembangunan Pasar Kedai Payang dapat diumumkan segera agar rakyat dapat memberi maklum balas untuk manfaat semua. Sekiranya semuanya bagus GANTI mengalu alukan agar ia segera dilaksanakan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita33/sampahmelimpah.jpgSatu aspek penting yg perlu diambilberat adalah nasib para peniaga ketika kerja baik pulih naik taraf atau pembinaan semula mana mana bahagian bangunan tersebut. Satu kemudahan sementara bagi mereka terus berniaga mesti disediakan kerana kerja pembinaan semula boleh mengambil masa yg panjang.

Berhubung pengurusan sampah oleh MBKT, adalah diperhatikan tiada penambahbaikan yang jelas sejak sekian lama dalam sistem pengurusan sampah khususnya bagi kawasan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya.Sampah terbiar tidak berkutip agak ketara akhir-akhir ini. Bilangan lokasi tong-tong besar MBKT tiada pertambahan yangg ketara.

Oleh Kerana itu masih ramai yang perlu mengangkut sampah termasuk dibelakang bonet kereta untuk dibuang ke tong besar MBKT. Adalah pemandangan biasa tong besar melimpah sehingga plastik dan sampah terpaksa diletak diluar tong.

Sesuai dengan taraf Bandaraya, GANTI berpandangan isu isu kebersihan perlu ditunjuk langkah sistematik dan profesional dalam pengurusannya.Jangan nanti cuma saman parking saja yang profesional.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Presiden GANTI